Click here for Myspace Layouts
Click here to get Falling Objects

Friday 9 December 2011

Post yang terkahir : AMIR ZAKWAN

YAAA , ni merupakan post terakhir aku. aku minta maaf jikalau aku ada buat kesilapan. terima kasih kepada yang sudi mendoakan kesihatan Farhan selama dia koma. Allah lebih sayangkan dia dan dia pergi meninggalkan kita semalam ~

macam aku kata semalam , kawan dia Zarul Shazwan sempat forward email yang dia dapat dari Farhan sewaktu Farhan bercuti di Singapura.


Zarul .. 

kau kwn ak kn ? ak nk mntk tlong kau ni .. 
if trjdi pape dkt aq , kau jge fmily aq elokelok .. kau jage abng aq dn tlong jge F buat aq .. and yg plg pnting , kau jge ksihtn kau . kau x bley skit lgi .. 

Zarul , spnjg aq brkwn dgn kau , aq slalu usik kau kn ? aq slalu cri gduh dgn kau walaupun kau sebenrnye tgh skit .. prcyelh zarul , aq xde niat nk sktkn hti kau .. aq sygkn kwnkwn aq mcm mne aq sygkn fmily aq .. 

Zarul , ttg F .. kau thu kn ap yg F dh buat pde aq .. kau kte aq bdoh bile aq diamkn dri bile F duekn aq .. jjur aq kte pde kau Zarul , F x spnuhnye skekn aq dn aq taw tu sume wktu hri prtme aq dgn die kpel .. die mmg skekn lelaki lain slain aq .. 

aq dh tkd dlm dri aq Zarul , aq nk die .. sma ad sbgai sorg adk atwpon lain aslkn die ad dkt ddgn aq .. aq mntk maaf sbb bnth kau .. aq mntk maaf .. dsbbkn F kte brtikm ldh dlu .. 

nmpk sgt aq lmh kn Rul ?? :| straight face

apepun Rul , klw trjdi pape dkt aq , kau mst jge dy .. lgipun thun dpn dy nk ambil exam penting .. aq x krelh kau nk agp dy sbgai adk kau ke , mhupun kpel kau ke , aq x ksh .. kau mst bgi smgt pde die jklw dtkdrkn aq prg thun ni .. 

sjk kblkgn ni , aq sllu mmp arwh abg slung aq, Hafiz .. mgkin jge aq rndukn die .. kdg2 aq rse yg aq lh pnybb die prg .. mlm tu aq biarkn die skit sbb aq fkir dy cbe utk knekn aq skali lgi tpi sbnrnye x .. die mmg skit .. tibe2 aq rse brslh blik .. aq sndri x thu sbb ape .. 

pape pun Zarul , ak prccyekn kau .. kau bley tlong aq kn ? :)

thanks .. 
[ ahmad farhan izzuddin bin latiff ]



so , dkt sni ak hrp sgt Zarul dpt penuhi prmntaan trkahr arwah Farhan .. :) 

3 tmtlh pnilsn aq dkt sni .. 
insya-allah , klw ak ad thu ap-2  ttg dieorg , ak akn post . 

wASSalam . 


Perginya dia buat selama-lamanya :')

Al-Fatihah buat Ahmad Farhan Izzuddin yang pergi menghadap Allah pada pukul 4.30 petang tadi. suasana ketika ini pilu sekali . aku masih lagi di Johor Bahru untuk menguruskan sedikit urusan di sini manakala yang lain termasuk jenazah Farhan sudah dibawa pulang ke negeri kelahiran arwah dan juga kelahiran abang arwah , Aizuddin di Negeri Sembilan.

sebelum arwah pergi , F sempat telefon arwah . F sempat luahkan rasa sayang dia pada arwah dan buat pertama kalinya , arwah beri tindak balas pada pagi tadi! arwah menitiskan air mata walaupun keadaan dia koma waktu ni. waktu tu kiteorang yang ada dalam hospital dah berharap yang Farhan mampu bertahan lama ! Farhan sudah beri tindak balas !

tapi tak sangka , itu petanda arwah nak pergi. arwah sempat mendengar suara orang yang amat dia sayangi iaitu F. Kehadiran F dalam diri arwah amat bermakna . F banyak membantu arwah dan mengubah cara hidup arwah :')

di sini , saya mahu menyampaikan hajat dan pesanan terakhir arwah Farhan yang ditujukan khas kepada F. F, if saat ini awak baca post ni , saya harap awak sabar. post di bawah ni saya ambil dari diari arwah ~

" F , kehadiran kau banyak mengubah cara hidup aku. kau banyak tolong aku F. terima kasih F untuk segala-galanya . aku sayangkan kau F ! 

# - #

F , kehadiran kau dalam hidup aku seakan-2 cahaya yang datang menerangi kegelapan. kerana kau, aku berjaya mengharungi hari- hari yang mendatang . terima kasih F atas semangat kau yang tak pernah putus asa menasihati aku . aku sayangkan kau! 

# - #

F , bila kau kata yang kau sukakan kawan sekelas kau MAI , aku kecewa sangat F.  aku sayangkan kau F , sangat sayangkan kau. aku perlukan kau ! aku perlukan sokongan kau! 

# - #

F , aku tak tahu apa yang aku lakukan saat ni ! aku kecewa dengan kau F! kenapa kau harus tunggu dia yang langsung tidak pernah mengambil berat hal kau F? kenapa kau buat aku macam ni F? F, tolonglah, aku sayangkan kau. tinggalkan MAI , F ~ tolonglah , demi aku F . aku yakin , kehadiran MAI hanya buat kau sedih , buat kau kecewa dan buat kau sakit hati .. 

# - #

F, bila kau kata yang kau ingin lupakan MAI buat selama-lamanya , aku seakan-akan mendapat semangat baru F! terima aksih F! lupakan MAI buat selama-lamanya F. kehadiran dia buat kau sakit hati .. kehadiran dia buat kau sering keluarkan air mata . F yang aku kenal merupakan seorang gadis yang tabah ! 

# - #

terima kasih F ! bila kau beri peluang kepada aku untuk jaga kau , aku amat menghargainya! aku sayangkan kau F! aku akan jaga kau elok-elok. aku akan sayangi kau sepenuh hati aku. namun , aku sedar batas Islam. insya-allah , aku akan jaga kau dengan elok. aku tak akan sentuh kau F! itu janji aku pada Allah swt ~ 

# - #

Hari yang aku lalui amat bermakna bila kau ada di sisi aku F ! mungkin leteran kau  boleh buat orang lain bosan tetapi bukan aku F! aku sayangkan kau. kau pernah cakap dekat aku , 'marah tu tandanya sayang' dan aku anggap semua leteran kau tu tanda sayang kau pada aku :) bertuah aku ada kau F. kau penyayang , kau sentiasa ada ketika aku dalam kesusahan . terima kasih untuk segalanya F ~ 

# - dan yang bawah ni ialah diari terakhir Farhan dan dalam diari ni juga dia sempat tulis sesuatu demi kebahagian F :) - #

F , jikalau aku sudah tiada di bumi yang fana ini , aku harap kau dapat jaga diri kau dengan baik F. kehadiran kau amat bermakna buat aku F. walaupun aku tahu sewaktu tempoh percintaan kita ni kau ada menduakan aku , aku diamkan diri F kerana dalam hidup aku , kaulah segala-galanya selain kedua-dua orang tuaku dan juga Allah SWT dan para rasul . aku tahu kau mungkin cuba untuk mencari kebahagian yang selama ni kau impikan dengan pilihan hati kau. aku rela F asalkan kau jangan tinggalkan aku F, aku amat memerlukan kau F. F, mungkin waktu kau tahu isi hati aku ni bila aku tiada , aku nak kau tahu kau F , aku sayangkan kau F. aku sangat sayangkan kau F. kehadiran kau banyak mengubah hidup aku. kehadiran aku amat bermakna dalam diri aku F. walaupun kita dah kenal lama , tapi tahun ni baru aku sedar akan kehadiran kau F. aku sangat perlukan kau F. jangan kau lupakan aku F. aku sayangkan kau . 

F jikalau ditakdirkan aku pergi sewaktu kita tengah bercinta , aku harap kau dapat terima pengganti aku F , kawan baik aku sendiri , Zarul Shazwan. aku amat harap kau akan terima dia. percayalah F, dia mampu menjaga kau . kalau kau rindukan aku, kau bersembanglah dengan dia. hal ini sebab , aku pernah derma salah satu buah pinggang aku pada dia . aku pernah derma darah kepada dia sewaktu dia sakit. jadi, kalau kau rindukan aku F, pergilah pada dia dan F, aku harap kau akan terima dia. dia sayangkan kau sebagaimana aku sayangkan kau F. percayalah F, dia akan gembirakan kau . 

F permintaan terkahir aku , lupakan MAI buat selama-lamanya .. kehadiran dia pada aku buat kau sering menitiskan air mata .. aku taknak tengok kau derita macam ni F .. tinggalkan dia F dan lupakan dia .. 

akhir sekali , aku sayangkan kau F ! aku sangat sayangkan kau ! 

# - #

dari sini kita boleh tahu betapa sayangnya arwah Farhan terhadap F . F banyak mengubah hidup dia. aku harap sangat F penuhkan permintaan terkahir arwah . lupakan MAI yang dimaksudkan dan terima kehadiran insan baru , Zarul Shazwan . aku amat berharap F sanggup penuhinya .

bagi aku , arwah Farhan seorang remaja yang tabah. dia sanggup lakukan apa sahaja demi F. dia sanggup berdiam diri ketika F menduakan dia. betapa tabahnya dia . bertuah F dan bertuah Farhan dapat F ..

" hadirnya tanpa diminta , perginya tanpa direla " 

itulah ayat yang aku dengar dari mulut F ketika aku beritahu dia akan pemergian Farhan . dalam maksudnya ~  atas bantuan rakan-2 Farhan , aku faham maksud ayat hadirnya tanpa diminta , perginya tanpa direla . 

sewaktu awal perkenalan F dengan Farhan , F tak pernah sangka Farhan akan suka dia . hal ini sebab F dengan Farhan selalu sangat bertengkar. setiap kali jumpa mesti bertikam lidah . bagi F , Farhan pada awalnya tak beri kesan apa-2 dalam dirinya tapi lain pula bagi pandangan Farhan . Farhan sangat menyayangi gadis itu. selepas beberapa bulan , Farhan beranikan diri untuk mempunyai hubungan dengan F dan tanpa diduga , F setuju . walaupun dieorang selalu bergaduh , F dengan Farhan salin ambil berat walaupun kadang-2 F agak keterlaluan perangainya dengan Farhan disebabkan sikap Farhan sendiri yang suka sekali mengusik F. dan kini , F sendiri sedang meratapi pemergian Farhan. F tidak merelakan pemergian Farhan . F sangat memerlukan Farhan dalam kehidupannya. baru kini F sedar betapa pentingnya Farhan dalam kehidupan sehariannya. sewaktu Farhan berada di dalam hospital , F tak henti-2 menangis. dan hari terkahir Farhan , bila F telefon dia , Farhan beri tindak balas ketika dia koma. Farhan menitiskan air mata ! 

begitulah kasihnya F dengan Farhan . walapun dieorang berdua masih lagi dalam alam persekolahan , mereka saling memberi semangat antara satu sama lain. Alhamdulillah , hubungan dieorang berlandaskan syariat Islam . dieorang tetap berpegang teguh dengan agama ISLAM .

kini aku harap sangat F lepaskan pemergian Farhan . yang hidup pasti akan mati . Farhan pergi dulu namun kita mesti sedar yang kita juga bakal menyusulnya .

kematian Farhan sangat memilukan . minggu lepas pada hari yang sama , abang nya pergi . dan pada minggu ini gilirannya pula . pada 10 September yang lepas , abang sulungnya pergi kerana sakit jantung . begitu berat dugaan keluarga Arwah Farhan . mama dan papanya kehilangan ketiga-2 cahaya matanya pada tahun yang sama .

akhir kata , semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-2 yang beriman .
besok hari terkahir aaku posting . insya-allah , besok aku akan post sesuatu tentang Farhan dan kali ni atas bantuan rakan Farhan sendiri Zarul Shazwan .

Assalamualaikum

Thursday 8 December 2011

Kita merancang tetapi Allah menentukannya :')

biasanya itulah yang selalu orang cakap kalau kita dalam merancang sesuatu perkara , kan ? :)

hari ni buat pertama kali dalam tempoh seminggu ni, Farhan tidak menggunakan alat pernafasan tu. dia ditempatkan di wad biasa tetapi masih lagi dalam pemerhatian doktor pakar di sini. hari tu aku kata yang doktor jangkakan Farhan hanya mampu bertahan sampai 9 Disember sahaja kan disebabkan keadaan kesihatan dia yang langsung tidak menunjukkan perkembangan yang baik tapi tadi ada doktor pakar beritahu kami yang itu semua ramalan berdasarkan perkembangan Farhan , kita merancang tetapi Allah yang menentukannya , Allah yang maha berkuasa. entah kenapa kali ni aku rasa lega sedikit dengan doktor pakar tu.

hari ni seperti hari-2 sebelumnya , malap sahaja . nothing yang boleh aku share but yg pasti aku menanti hari esok .

tadi maybe hanya pandangan aku but aku nampak MACAM Farhan menangis bila Natasha datang dekat dengan dia sambil bawa handphone die . waktu tu , F teringin sangat nak cakap dengan Farhan so Natasha pun bawaklah handphone die dekat dengan Farhan .

"Farhan , bangunlah . aku janji dengan kau yang aku takkan tinggalkan kau ! aku sayang kau Farhan .. " 

itulah yg aku dengar time F call tadiee . syahdu seketika time tu . apepunn , ak harap sgt Farhan cepaat sedarr .

Tuesday 6 December 2011

Farhan :')

thanks kepada yg follow :)



buat masa ni keadaan Farhan masih sama , kritikal . macam post semalam , doktor jangkakan Farhan hanya mampu bertahan sampai Jumaat ni mengikut keadaan semasa Farhan yang langsung tidak menunjukkan perubahan yang baik malah jauh daripada harapan kami semua disini .

ak sendiri dah tak tahu nak buat apa . yang pasti,aku tetap mengharap Farhan panjang umur. jikalau ditakdirkan juga dia pergi, aku akan stop from posting .

orang yang kite sayang nak tinggalkan kita , could you just sit and relax ? # for me , nop !
setiap yang hidup pasti akan mati . alright , that's true but he's just sixteen ! why not me ? terlalu muda untuk dia pergi buat masa ni . everyone need him, everyone do care bout him :')  # everyone love him <3

member-2 aku  yag tak ada time kejadian 2 Disember tu tanye ,
" Mir , why kau berie jage budak tu ? i mean , kau tak ad ape-2 family relationship dgn keluarga arwah kan ?"

and now , you want the answer , this is :
 " keluarga arwah memang takde family relationship dengan aku but , aku terhutang budi pada arwah. he helped me a lot ! ak tak mampu balas jasa dia waktu dia masih ada bersama kita . and now , sekarang nilah aku harus balas jasa arwah dengan jaga adik dia yang tengah koma sekarang. you know what, arwah  sangat sayangkan adik dia. arwah penyayang, that's rite ! die tak sanggup lukak hati adik dia eve dy saggup berkorba demi adik die . for surely , die saggup korbankan hati die sendiri . yaaa , F ! die sanggup lepaskn F demi adik die . die banyak berkorban .  so , ini je lahh yang  mampu aku lakukn demi dia . he adore Farhan .  he will do anything for Farhan . :') "


bila aku tengok muka Farhan , at least , ak dapat hilangkn rasa rindu ak pade arwah. even personaliti dieorang jauh berbeza , dieorang tetap ad persamaan . mulut dieorang  and susunan gigi dieorang sama . i hope to see his smile but , can I ?

enth kenapa , ak dah macam putus asa untuk terus mengharap . ak sendiri tak faham dgn perasaan aku . sometimes , ak terlalu inginkn die bertahan but kadang-2  ak dah putus asa . surely , ak mmg tak faham perasaan ak sendiri .

anywayy , buat masa ni ak tetap mengharap Farhan dapat bertahan lebih lama , without alat pernafasan tu ! yaa , besok semua wayar yang ada pada badan dia akan dicabutkan . ak sendiri tak tahu apa yang bakal berlaku nanti . just leaved it to ALLAH :')

my wished , I hope to see Farhan smile . :)

# if Farhan pulih , surely dia happy . ex dia selalu tanya khabar dia from Natasha . :)
Farhan , bangunlah . sebelum benda ni semua berlaku , adik pernah cakap dekat abang yang adik nak bersama dengan F rite ? she'll always be with you . she still love you ! bangunlah Farhan , adik kata sayangkan dia , adik sanggup nak tengok dia menangis kerana adik ? everytimes she called us , she cried . adik sanggup biarkan dia macam tu ? bangunlah ~ =l

Monday 5 December 2011

what can we do, just prayed to ALLAH :)

Yaaa ~ hanya tu je yang mampu aku katakan buat masa ni . aku dah  malas mengharap, kini aku berserah kepaada takdir dan ketentuan ALLAH .

malam tadi doktor dah sahkan yang jikalau alat pernafasan Farhan rosak atau ada masalah , bersedialah. segalanya mungkin akan berlaku. mengikut doktor , alat tu hanya mampu berfungsi sampai besok dan selepas itu Farhan tidak akan menggunakan alat itu lagi. persoalannya, kuatkah Farhan? aku sendiri tak tahu ~

malam tadi kami di hospital tidak dapat tidur. semua sibuk menjaga Farhan. badan Farhan dah susut, yaaa..

Farhan, bangunlah Farhan ....

dari petang semalam aku dengar orang yang datang melawat dia cakap macam tu . Ouhh ! buat masa ni Farhan dimasukkan ke wad kecemasan , ICU . tiada siapa pun yang dibenarkan datang dekat dengan dia so , kiteorang dekat sini hanya boleh tengok dia dari cermin.

Farhan, abang tak berniat nak tinggalkan adik dalam bilik tu sorang-2 tapi abang terpaksa dik , maafkan abang .. 

aku sendiri lemah saat ni . semua yang lain bersedia untuk kehilangan dia , aku ? aku tak langsung! aku perlukan dia! aku dah kehilangan rakan baik aku  minggu lepas , takkanlah aku terpaksa kehilangan adik baru aku pula? aku tak sekuat mana ..

doktor dah tak berani jamin berapa lama Farhan dapat bertahan . kalau ikutkan keadaan dia yang semakin kritikal hari demi hari, doktor jangkakan yang dia hanya dapat bertahan sampai 9/12/2011 , jumaat minggu ni :'l perkara pertama yang berlaku pada aku , airmata aku menitis. kenapa sampai macam ni ? 

tapi aku tetap yakin pada ketentuan ALLAH ! aku yakin Farhan mampu bertahan lebih lama ! aku yakin ! bukan doktor tu yang menentukan hidup atau mati seseorang kan ? aku yakin , Farhan mampu bertahan lama ~

waktu doktor tu kata yang Farhan hanya mampu bertahan sampai 9 Disember ni , semua yang ada dekat situ terpaku . semua dekat situ diam. yang dengar suara orang menangis . kenapa macam ni sekali . baiklah , jujur aku katakan , wajah Farhan tak macam dulu . wajah dia sepenuhnya berubah . muka dia pucat , cengkung.  dia tak macam Farhan yang selama ni aku kenal . Y ALLAH , pasti dia terseksa kan ?

bila aku tanya doktor tu , kenapa Farhan tidak boleh bertahan lama , doktor tu jawab ~

Saya dah kata, saya dah tak berani jamin berapa lama pesakit mampu bertahan. keadaan dia sangat kritikal. kami di sini dah cuba sedaya upaya kami, kami dah lakukan apa yang kami mampu. sepatutnya, pesakit dah boleh beri tindak balas yang lebih baik tetapi jauh dari apa yang kami harapkan. pesakit sering sesak nafas. itu bukan yang kami harapkan. sepatutnya pesakit dah kembali sedar tapi lain jadinya. alat pernafasan yang diberikan seakan-akan tidak beri apa-2 manfaat kepada pesakit. dan sebenarnya, itulah jalan yang terakhir. pesakit dah buat pembedahan buang darah beku dikepalanya, namun keadaan pesakit tetap kritikal dan makin lama, makin kritikal . kami dah tak berani nak berikan keluarga encik harapan. sekarang ni, saya harap encik sekeluarga sabar. 

sekarang ni aku berserah kepada ALLAH . aku sentiasa mengharapkan yang terbaik. aku mahu bermesra dengan Farhan. aku mahu temukan Farhan dengan F , itu janji aku . tapi , entahlah ~

semoga Farhan dapat kuatkan semangat dia . AMIN :')

kisah hari keempat kami di hospital :)

tadi selamatlah jenazah aizu dikebumikan . suasana pilu tambah pulak time tu hujan rintik-2 . syahduu ~

lepas balik dari tapak perkuburan  , aku terus memandu ke Johor Bahru . walaupun penat , takpelah . pengorbanan aku demi arwah , inilah je lah yang mampu aku lakukan ~

buat masa ni , Farhan dimasukkan semula ke ICU . dia sering sesak nafas . doktor dah tak berani berikan jaminan berapa lama Farhan mmapu untuk hidup . sekarang , doktor nasihat kita semua berserah kepada ALLAH SWT .

kelima-2 rakan dia , semua tengah menangis sekarang ni . kiteorang semua mengharapkan berita yang baik daripada doktor tu memandangkan harini Farhan buat pemeriksaan keseluruhan badan tapi lain yang kiteorang dapat .

doktor tidak berani jamin berapa lama Farhan dapat bertahan , doktor tak berani jamin berapa lama dia dapat hidup . peluang untuk dia hidup amat tipis . doktor pun dah tak tahu nak buat apa . dia dah cuba sedaya upaya dan inilah usaha dia yang terakhir . semuanya bergantung kepada doa kita semua di sini . 

bila aku dengar doktor tu kata macam tu , aku geram ! sepatutnya doktor tu cakap yang FARHAN AKAN KEMBAlI SEPERtI SEDIAKALA ! BUKAN INI YANG AKU NAK DENGAR ! tapi , tak gunakan aku melenting ? aku berserah kepada ALLAH saat ini .

kali ni aku berfikir , dapatkah aku lepaskan Farhan jikalau dia ditakdirkan pergi ? dapatkah aku merelakan pemergiannya ? aku sendiri keliru . hati aku TAK DAPAT MERELAKANNYA ! aku sanggup buat apa sahaja asalkan Farhan hidup ! aku sanggup walaupun aku terpaksa berkorban nyawa ! aku tak dapat relakan pemergian Farhan ! cukuplah aku terseksa dengan pemergian Aizuddin , aku cukup terseksa :'(


waktu jenazah dikebumikan , waktu aku sama-2 angkat jenazah , ringan sungguh ! macam tak ada isi keranda yang aku angkat tu ! rakan-2 arwah yang lain tersenyum . amanlah kau di sana , AHMAD AZHAR AIZUDDIN :')

kegembiraaan aku tak lama , sebaik sahaja aku sampai JB , ak dikejutkn dgn hasil pemeriksaan Farhan . kadang-2 aku rasa dunia ni tak adil ! YA ALLAH , ampunkanlah aku ~

kenapa remaja semuda Farhan harus menghadapi ni semua ? kenapa dia tak boleh bergembira seperti remaja lain ? kenapa dia yang harus terlantar di atas katil hospital dengan wayar penuh satu badan ? kenapa rema semuda dia ? kenapa bukan aku ?

dan , kenapa orang sebaik arwah yang harus menerima nasib sebegini ? kenapa arwah yang pergi dulu ? kenapa bukan aku yang sering menyusahkan arwah ketika dia hidup ?

arwah banyak berjasa ! walaupun dia dah tiada , dia berjasa pada aku . papa dia lantik aku  untuk jadi pembantu dia , menggantikan tempat arwah . arwah banyak berjasa pada aku sehingga ke akhir hayatnya juga . terima kasih , Aizuddin .

buat masa ni , aku mohon jasa baik korang , doakan keselamatan Farhan . mama dia tengah lemah sekarang ni . berat dugaan keluarga Encik Latiff.

jikalau ditakdirkan Farhan pergi , aku akan tutup blog ni . aku tak sanggup nak teruskan blog ni . namun aku tetap mengharap , Farhan akan hidup lama . sekali lagi , buat masa ni dia dalam ICU . dia dibantu dengan alat pernafasan ketika ni . aku tengok badan dia , aku yang rasa sakit .

sampai sini sahaja coretan aku kali ni .
insya-allah ,ak akan masukkan cerita baru.
terima kasih :)

Sunday 4 December 2011

Kisah hari ketiga kami di hospital .

Assalamualaikum .

macam tajuk tu sendiri , hari ni hari ke-3 aku di hospital tapi sekrang aku berada di sebuah hospital di daerah Johor Bahru . besok jenazah Aizu akan dibawa ke Negeri Sembilan esok . sekali lagi , aku akan pergi ikut jenazah dikebumikan . Farhan di sini , 5 kawan dia yang setia akan temankan . :)

tadi aku tertidur sekali aku mimpi , aku bertemu arwah . YA ALLAH ! seakan-2 realiti waktu tu . arwah senyum pada aku . arwah ada sampaikan amanat kepada aku ,

" Amir , tolong jaga keluarga aku " 

yaaa , aku yakin memang itu yang arwah mahu aku lakukan dan insya-allah , selagi aku bernafas , aku akan jaga keluarga arwah . sekali lagi , air mata aku menitiss . begitu mudahkan ? ~

Farhan masih lagi dalam keadaan yang sama . dia masih lagi kritikal dan koma . kadang-2 aku terfikir ,

" bila Farhan akan sedar ? "

aku sendiri biarkan soalan tu tergantung begitu sahaja . doktor sendiri tak tahu bila dia akan sedar . mengikut hasil pemeriksaan doktor , Farhan MUNGKIN akan koma selama sebulan . MUNGKIN , doktor tu sendiri tidak mahu beri kata putus . itu semua ALLAH yang tentukan . sekali lagi , marilah kita sama-2 berdoa buat Farhan .

tadi barang-2 arwah Aizu dan Farhan sampai di perkarangan hospital . buat masa ni , kereta Inspira arwah dipandu oleh Fahrin . bila kiteorang bukak bagasi kereta tu , kiteorang nampak beg arwah dan Farhan tersusun kemas . hati aku tibe-2 terdetik untuk bukak beg tu . aku, Fahrin dan tunang arwah , Linda bukak beg tu . benda pertama yang kiteorang nampak , baju WESTLIFE yang kiteorang belikan beberapa minit sebelum kemalangan berlaku . Fahrin tidak tahan sebak dan dia duduk di salah sebuah kerusi yang ada area situ sambil dia bawa baju WESTLIFE tu . aku nampak , Fahrin cuba untuk tahan air mata dia daripada keluar tapi , akhirnya , air mata dia tetap menitis . ~

dalam beg tu , baju arwah tersusun rapi dan kiteorang terjumpa sebuah buku , lebih tepat , diari arwah ! aku dan Linda segera ambil diari tu . kiteorang bawa diari tu dalam wad Farhan and buka . first thing yang aku nampak bila bukak diari tu , semestinya kalimah ALLAH :') kemudian , kiteorang belek helaian seterusnya . lebih senang , aku taip apa yang ada dalam diari arwah yang aku rasa , aku nak share dengan korang .

helaian kedua ,
" hati aku resah saat ini . yaaa , aku mula menyayangi gadis muda tu . tapi , tak lama lagi aku akan bertunang dengan gadis yang ak sendiri tidak pernah kenal , Linda . even gadis tu baru je menginjak angka 14 , aku suka peribadi nya . F ( maaf , aku xboleh beritahu nama penuh 2 gadis yang dimaksudkan arwah ) , ak mula sukakn dy tapi dalam masa yg sama , ak sukakn S . bingung . Farhan juga ada hati pada F , aku pun sama tapi aku pun sukakn S . aku keliru dengan perasaan aku YA ALLAH . kau berikanlah ak petunjuk . ak harus setia dengan bakal tunang ak , Linda ~ " 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" ak dah luahkan perasaan ak pada F tapi sayang, dia tolak aku . takpelah , ak anggap takde jodoh. lagipun, F masih muda . S ? entahlah . dia sekarang tgh bercinta dgn lelaki lain . ak sendiri keliru saat ini . and buat aku terkejut , F tolak aku sebab die sekarang tengah bercinta dengan adik lelaki aku, Farhan Izzuddin . takpelah , aku akan cuba untuk lupakan dia ~" 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

semalam abang sulung aku, Ahmad Azhan Hafizzuddin pergi buat selama-2 nya . aku sedih tengok Farhan . dia tak habis-2 salahkan diri dia sebagai punca arwah pergi . aku harap kau tabah , dik . kau bertuah sebab kau ada F , dia tak habis-2 tanya keadaan kau.  

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

harini aku dapat berita yang Farhan dgn F dah putus . patutkah aku berasa gembira sebab aku masih ada lagi peluang pikat F ? entahlah . aku tak rasa langsung nikmatnya sebaliknya aku rasa sedih tengok keadaan Farhan . kau kuatkanlah semangat dia , YA ALLAH . 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulliah , dengan izin mu YA ALLAH , Farhan kembali seperti dulu . syukur . dan ini semua kerana F yang tak putus-2 berikan semangat walaupun mereka sudah tidak ada apa-2 hubungan . tanpa aku sedar, aku bertambah sayang pada F . tapi , kehadiran S buat aku kembali keliru . 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


lama sungguh aku tinggalkan diari ni  . aku dah jadi pemalas , ya 1 HEHEHE  :)  apepun , tadi ak dah jumpa dgn bakal tunang ak , Linda . gadis yg cantik tapi masih lagi belum dpt tarik perhatian aku . 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


sekali lagi aku luahkan perasaan aku pada F dan ditolak lagi . sakit rasanya namun , kehadiran S sedikt sebanyak membantu aku . terima kasih S , ak sayang kau! aku pelik dgn F , ape lagi sebab untuk dia tolak aku? yaa , Farhan cuba untuk bersama dengan dia semula . namun , F hanya berdiam diri . ak dengar cerita yg F mula terpikat dengan rakan sekelas dia dan S , MAI . urmm , ak terpakse melepaskn dia . S , aku mula sayangkan kau tapi , kau masih lagi belum dapat ganti tempat F . 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ak sah bergelar tunang orang dan ak akan mulakan hidup yg baru selepas ni . besok , ak akan bertolak ke Singapuraa bersama adik aku yang baru sahaja selesai ambil keputusan exam dia . dia dapat 7A 1B . tahniah dikkk :)  apepun , ini catatan ak yang terakhir . ak mahu relakskn diri ak di singaporeee ! 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


dan yang sememangnya terakhir . helain terakhir . actually banyak yang dia tulis tapi aku tak dapat nak tulis sepenuhnya . cukuplah sekadar ini yang aku kongsikan . F , aku amat mengenali gadis yang jauh lebih muda dari aku ni . gadis yang berasal dari Utara . aku pernah terserempak dengan dia sewaktu aku ikut aizuddin bercuti di Homestay Sungai Haji Dorani and arwah Aizu bawak aku pergi kawasan kalau tak salah aku , Hutan Melintang, Perak . waktu tu , aku terserempak dengan dia yang kebetulan tengah hang out dengan kawan dia. tinggi , yaaa ! gadis itu tinggi but  takde lah tinggi mana sebab aku dengan arwah jauh lebih tinggi . HEHE :) apepun , jikalau kau baca post ni , satu aku nak beritahu kau , arwah sayangkan kau ! percayalah cakap aku .. S , yaaaa ! sebelum arwah pergi , arwah pernah cakap dengan aku tentang kau . aku pernah tengok gambar kau melalui FB arwah . apepun S , arwah mula sukakan kau ..


LINDAAAAAAAAAA ! arwah mula cintakan kau ! dia tak sempat nak beritahu kau . 


kisah dua beradik ni sentiasa buat aku menangis . mudah  sekali air mata aku  menitis. korang tahu , tadi aku dapat forward email dari kawan rapat aku . dekat sini , aku copy email arwah Aizu kepada sahabat kiteorang yang bernama AMIRUL :)

Muhammad Amirullah , 
hahahaha . terkejutkan ? aku tulis nama penuh kau . 
*hari ni pun aku tak gune shorty words. nk bagi senang kau bace... :) baik kan aku ? 
okaylah macam ni , aku tak  nak bagi kau kene heart attack sebab terima email mengejut aku. bukan ape, aku tak sedap badan lah lately ni ... rase macam ade benda buruk bakal timpa aku .. so dekat sini aku nak minta tolong kau .. first, kau tahukan , aku dekat singapore sekarang ni ..

Saturday 3 December 2011

Ahmad Farhan Izzudin :')

pertama sekali , terima kasih sebab ada yang follow blog ni . terima kasih kerana mendoakan keselamatan Farhan :) apepuns , Farhan kini berada di salah sebuah hospital di JB .
[ maaf , saye xdapat nak nyatakan nama hospital tersebut atas permintaan keluarga ]

apepunn , post kali ni saya nak bercerita tentang Farhan , remaja yang bakal menduduki SPM tahun depan ..

pertemuan singkat dengan rakan-2 dia yang sudi menjaga dia siang dan malam sedikit menceriakan hati saya di sini .. saye dapat mengenali ADIK BARU saya ni .. Shazwan, Faris, Shahmi,Fadil dan Sharil , 5 sekawan yg setia menemani Farhan dari semalam .. bertuah Farhan .. :')

first of all , Shazwan yang paling rapat dengan Farhan dan orang terakhir yang Farhan hubungi sebelum dia kemalangan .. Shazwan sempat tunjuk pada saya mesej yang Farhan hantar kira-2 15 minit sebelum kejadian.

"Wan .. aku mintak maaf kalau aku ada buat kau sakit hati dengan aku. kalau terjadi apa-2 dekat aku, aku minta maaf .. Wan, kau belajar elok-2 tau .. kalau aku pergi sebelum aku sempat ambil SPM ,kau jgn sedih .. apepun .. kau kwn aku dunia akhirat .. " 

Farhan .. aku tak sangke budak yang aku lihat macam tak pernah serius ni akn berfikiran macam ni .. itulah kan , petanda tuhan nak bagi .. Faris, fuhh ... die ni kasar siket , loghat utara die pun pekat .. apepun .. die banyak cerita dekat aku tentang Farhan .. antaranya ..

"Bang, bang tahu x yang farhan pernah cakap dekat Riz yg die nak pi umrah bang .. but time tu, Riz ingat die memain .. abg taw je la ka .. dia tu mana lah pernah serius .. tapi mungkin tu petande kan bang benda ni semua nak jadi .. bang .. agak-2 abang, Farhan ni selamat tak?"

jujur aku kate ... , aku xjawab soalan budak tu .. aku sendiri tak tahu nak jawab apa .. kalau ikutkan kata doktor .. peluang untuk die selamat , tipis .. entahlah , aku berserah kepada ALLAH :') Shahmi dan Fadil setakat cerita-2 hal cenggitu je tapi aku paling  tersentuh dengan Shahril ..

"Bang , Farhan ingat kite tak nanti ? Farhan kenal kita tak nanti? Farhan nak ke bercakap dengan kita nanti?

bang, kenapa eak dalam dunia ni orang yang kita sayang , orang yang banyak mengubah kita mesti jadi macam ni akhirnya? kenapa Farhan boleh jadi macam ni? 

Farhan banyak tolong saya .. dulu saya merokok .. dan suatu hari saya sakit dada akibat perbuatan saya tu .. abang tahu, time tu Farhan tak kenal saya pun .. die main datang dekat saya dan terus bawak saya pergi klinik .. bila saya maki dia .. dia diam .. kenapa orang macam ni harus terima dugaan sebegini,bang? 

Bang, Farhan satukan saya semula dengan keluarga saya .. kalau bukan kerana Farhan, saya akan hidup merempat tepi jalan .. Farhan banyak ajar saya .. dia muda tapi fikiran dia , sangat matang kan bang? 

bang , kalau Farhan pergi , saya nak ikut dia .. saya tak nak tinggalkan dia .. Farhan kawan saya dunia akhirat .. 

mungkin Shazwan, Fadil,Faris,Shahmi kata Farhan tak pernah serius ... tapi sepanjang perkenalan saya dengan dia,dia serius .. kadang-2 , arwah abang Aizuddin pun sekali ikut Farhan nasihatkan saya .. saya terhutang budi dengan dieorang .. 

abang , orang yang baik memang nasib dieorang macam ni ya? "

aku hanya diam .. aku taknak jawab tu semua .. aku dah tekad dalam hidup aku .. aku taknak jawab soalan macam tu .. aku masih lagi belum kuat , ya ! aku belum lagi dapat terima kenyataan namun, aku sudah lepaskan arwah pergi .. tenanglah kau di sana , Aizuddin ..\...

bila aku baca status facebook kenalan rapat arwah , berlinang air mata aku .. kehilangan rakan sejak kecil lagi , siapa yang sanggup kan? tambahan pula , kematiannya amat menyedihkan ..

pemandu lori tu langsung menghilangkan diri .. YA ALLAH , kau tabahknlah hati rakan-2 aku YA ALLAH ..

sekarang aku tengah berfikir , andai kata Farhan sedar , dia akan hilang ingatan. bagaimana aku mahu ingatkan dia dengan keluarga dia ? dengan rakan-2 dia dan , dengan dua arwah abangnya , arwah Aizuddin dan arwah Hafiz? aku sendiri kusut ..

berat dugaan mama dan papa dia .. mula-2 arwah Hafiz meninggal kerana sakit jantung , lepastu arwah Aizuddin yang dilanggar lari dan kini , Farhan yang semakin kritikal ..

bersediakah mereka jikalau ditakdirkan , kesemua anak mereka pergi tahun ni ? Farhan juga pergi mengikut abang-2 nya ? setiap kali aku fikir hal tu , air mata aku menitis ..

semenjak 2 Disember , air mata begitu mudah menitis . begitu murah sekali aku rasakan air mata aku menitis .. sungguh , aku manusia lemah .. aku masih lagi belum biasakan diri .. dua tahun yang lepas, aku kehilangan kedua-2 orang tuaku dalam perjalanan mereka mahu pulang dari rumah dari masjid , tahun ni aku kehilangan rakan baik aku , rakan yang sentiasa ada di sisi aku semnjak kematian kedua-2 orang tuaku .. tabahkah aku?

Farhan Izzuddin , aku tetap mengharap dia akan pulih seperti sedia kala walaupun , doktor hanya beri harapan tipis .. Farhan mengalami gegaran otak sewaktu kemalangan .. dia mengalami pendarahan yang banyak .. aku sendiri tak dapat bayangkan sewaktu hari kejadian ..

darah mengalir keluar dari hidung dan kepala Farhan .. Natasha, salah seorang kawan aku pangku dia .. darah Farhan mengalir dengan banyak ..

arwah aizuddin ? YA ALLAH :'l  badan dia berlumuran darah .. tulang rusuk dia patah menurut kata doktor .. YA ALLAH , mesti sakitkan .. aku tak sanggup membayangkannya ...

insya-allah , aku akan cari email-2 terakhir arwah dengan rakan-2 aku yang lain dan aku akan post .. buat masa ni .. , aku banyak terima forward mesej dari rakan-2 dia tentang mesej terakhir yang dieorang dapat .. salah seorang kawan aku kata ,

" Aizu dah tahu dia akan pergi .. Aizu dah dapat rasa hal ni semua .. " 

kehilangan Aizu begitu dirasakan seluruh keluarga .. kehilangan arwah amat memeritkan .. arwah terkenal dengan sikapnya yang peramah .. walaupun dia tak kenal siape pun orang yang dia sedang bersembang,dia layan dengan baik .. sungguh , tiada siapa boleh ganti tempat arwah !

Farhan .. remaja yang sangat-2 tabah .. dia kehilangan abang sulungnya pada bulan syawal yang lepas .. waktu tu aku melawat dia , lemah sungguh .. Aizu cerita dekat aku yang Farhan salahkan diri dia punca kematian abang dia .. bila aku tanya kenapa .. , arwah aizu mula cerita pada aku kisah yang berlaku ..

12/9/2011 
malam tu Farhan tengah asyik dengan komputer dia .. first-2 tu , arwah Hafiz bergurau dengan dia kata yang dia sakit jantung .. Farhan dah kalut time tu .. Farhan cepat-2 ambil ubat dia dan hulur kepada Hafiz .. bila Hafiz minum air masak yang Farhan bawa , Hafiz boleh sembur air tu pada badan Farhan .. Farhan bengang lah sebab dia kena tipu then die tinggalkan abang dia . lepas 30 minit kemudian , arwah mengadu dia sakit lagi tetapi kali ni , Farhan hanya mendiamkan diri .. beberapa kali arwah Hafiz minta tolong tetapi Farhan diam .. dia serik .. sampailah Farhan dengar arwah Hafiz mengucap dan bila dia toleh ke belakang , muka arwah Hafiz dah pucat dan , arwah Hafiz sudah tiada lagi .. sejak tu , Farhan mula salahkan dirinya atas kematian abangnya .. 

Farhan banyak diduga .. dia remaja yang tabah .. sekrang ni , marilah kita sama-2 doakan keselamtn dia .. :')

Kisah 2 Disember yang tidak akan pernah aku lupakan :'l

Assalamualaikum pembaca sekalian :)

buat masa ni, Farhan masih lagi koma dan malam tadi sekali lagi dia sesak nafas. aku sendiri sebak tengok mama dia. mama dia yang dimasukkan ke dalam wad hospital yang sama akibat serangan jantung masih lagi lemah namun setia menemani anaknya. begitulah kasih seorang ibu :')

jenazah arwah akan dibawa pulang besok tetapi akan dikebumikan di Negeri Sembilan memandangkan arwah berasal dari negeri itu. jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor.
[maaf , aku tak dapat nyatakan dengan lebih terperinci di kawasan mana tapi di daerah Rembau :') ]

balik kepada keadaan Farhan, malam tadi aku mengambil alih tugas Fahrin yang dari pagi menemani Farhan. Papa dia pula setia menemani mama dia bersama ahli keluarga yang lain. aku tak kisah langsung jikalau aku harus menemani Farhan setiap hari. aku rasa dekat dengan arwah..

sepanjang malam aku tidak tidur. aku tiba-2 bersemangat bila lihat wajah Farhan. walaupun badan dia penuh dengan wayar, aku tetap bersemangat tengok wajah dia. tiba-2 aku teringat kisah silam aku dengan arwah..

waktu tu aku tengah outing dengan arwah. 2 minggu sebelum kejadian :') .  kiteorang hangout sekitar bandar melaka. Ouh , arwah memang suka melancong! setiap 3 bulan sekali pasti kiteorang akan holidays same-2 and semuanya ditanggung arwah..

time tu baru aku perasan something . antara muke arwah dengan Farhan, muka Farhan jauh lebih matang. ya, betul tu! muka arwah yang ala-2 jambu tu aku rasa mampu mencairkan mana-2 perempuan dengan kelembutan dan kesopanan diri arwah. namun, arwah seorang yang sangat matang. aku rasa fikiran dia macam tak sesuai dengan fikiran remaja yang baru sahaja menginjak usia 19 . begitulah arwah, seorang yang matang..

waktu aku kata dia jambu, arwah punyelah gelak. HAHAHAHAHA :D 
# aku suka dengar arwah gelak . sekali arwah gelak , aku terikut gelak . and , muke arwah macam perempuan time ni . HAHAHAHA :)  arwah ada lesung pipit , dalam gilaaaa . ;')

sekarang ni, aku dah tak dapat nak tengok muka arwah.sedih rasanya .. aku rindukan gelak tawa arwah yang kadang-2 menyakitkan hati aku sendiri .. HAHAHAHAHAHA :D

bila dia dah tiada, baru aku terasa sangat kehilangan dia. rasa tak ceria hidup aku . YA ALLAH , kau kuatkanlah semangat aku ~

waktu arwah ada , arwah pernah beritahu aku dia nak tolong papa dia usahakan pelabuhan perkapalan tempat papa dia bekerja . dia kesian tengok papa dia yang kerja siang dan malam tanpa jemu.. begitulah arwah , perbuatannya sentiasa buat aku sedar .. kerana arwah juga, aku sudah berhenti daripada melakukan perbuatan yang tidak elok .. terima kasih Ahmad Azhar Aizuddin. kau kawan aku dunia akhirat :')

sejujurnya, aku tak rapat sangat dengan Farhan tapi semenjak aku bercuti dengan diaorang dekat Singapura, aku rapat dengan dia. walaupun muka dia matang dan jauh lebih matang dari wajah arwah , fikiran dia  macam budak-2 baru habis sekolah darjah 6 aku rasa .. HEHEHEHEHE :)

aku rasa, dia tak pernah serius dengan apa yang dia buat tapi sepanjang aku kenal dia, dia sangat ceria. bila abang dia susah hati, Farhan jadi ubat keresahan tu. dia akan sedaya upaya ceriakan abang dia .. :')

Farhan jugalah yang akan ceriakan aku bila aku ada masalah dengan teman wanita aku.. walaupun kadang-2 aku fikir idea dia lebih baik campak ke laut, bila aku fikir balik ada betulnya .. Farhan , Farhan...

bila aku ada masalah, aku pasti akan mengadu dengan dieorang .. even kadang-2 dieorang akan ejek aku balik , last-2 , dieorang mesti tolong .. terima kasih :)

tetapi sekarang , aku dah tak ada tempat mengadu .. arwah sudah pergi buat selama-lamanya dan Farhan , sedang terlantar di hadapan aku sekarang ni .. kadang-2 , aku sendiri dah tak berdaya nak hadapi semua ni , namun aku ingat janji aku dengan arwah .

aku mesti jaga keluarga dia dengan baik . aku mesti jaga mama dan papa dia dengan elok !

insyaallah, aku pegang janji aku .. :)

kini aku tengah kusut .. ramai rakan-2 aku  masih lagi belum merelakan pemergiannya .. terutama sekali tunang arwah , LINDA ..

YA ALLAH ! aapa yang korang buat ni ? korang mesti relakan pemergian dia .. korang nak tengok dia terseksa ke dekat sana? biarlah arwah pergi dengan tenang .. cukuplah , kematian dia dah cukup buat dia terseksa .. sekarang ni , lepaskanlah dia . biarkanlah dia pergi dengan tenang ..

itulah yang aku dengar dari hari Jumaat tu .. tak putus-2 dieorang nasihat Linda dan rakan-2 lain yang masih lagi belum merelakan pemergian arwah .. salah seorang dari kawan aku kata ..

"kau tak faham apa yang aku rasa Amir .. aku sayangkan arwah .. aku banyak buat salah pada arwah .. aku tak sempat minta maaf dari arwah .. aku banyak susahkan arwah .. aku perlukan arwah Mir .. aku nak ikut dia , Mirr ... "

sebak hati aku waktu dia kata ni semua pada aku .. pemergian arwah amat menyeksakan kami dan kini , Farhan .. semalam, lima orang kenalan rapat dia datang ke singapura kerana kebetulan dieorang ade di Johor .. kelima-2 remaja tu menangis depan Farhan .. aku tak tahan tengok keadaan tu .. waktu aku duduk , aku dengar salah sorang dari kawan Farhan kata ..

"Pa'an, hang bangunlah An .. hang janganlah tinggalkan aku .. hang dah janji dengan aku nak ambil SPM sama-2 tahun depan .. hang janji dengan aku nak sambut hari jadi aku sama-2 hujung tahun ni .. awat hang terbaring dekat sini An .. An , bangunlah An .. aku dah lama tak lepak dengan hang .. bangunlah AN .. aku janji , lepasni aku stop merokok demi hang .. hang bangunlah An .. sampai hati hang buat aku macam ni .. hang tengok , aku menangis ni An .. " 

aku rasa nak tergelak pun ade time tu bile dengar budak tu kata , " hang tengok , aku menangis ni An .. "  tapi , air mata aku mengalir time tu .. sebak sungguh ... kemudian giliran Shazwan pula , kawan yang terakhir dia hubungi sebelum kejadian ..

"Pa'an .. aku minta maaf sebab kata kau gila time kau minta maaf dengan aku pagi jumaat tu .. aku tak suka kau kate macam tu dengan aku .. Pa'an .. kau bangunlah .. kau kan kuat? kau janji dengan aku tahun depan kita nak naik motor pi sekolah kan ? kau kata dekat aku , kalau pak polis nak tangkap kita , kita buat-2 menangis depan dia .. HAHAHAHAHA .. kau ingat tak time hari jadi kau yang lepas? bila aku tanya apa yang kau nak , kau kata kau nak jemput kumpulan SUPER JUNIOR datang rumah .. HAHAHAHA .. kalau kau macam ni , masa bila aku nak panggil SUPER JUNIOR datang rumah .. bangunlah AN ... " 

kali ni air mata aku deras mengalir .. aku dah malas nak tahan .. sebak aku dengan budak-2 ni .. even hajat Farhan nak jemput SUJU datang rumah macam tak masuk akal , itulah Farhan .. macam-2 yang die nak .. yang pelik-2 pulak tu .. bangunlah Farhan, kawan-2 kau rindukan kau , dik ..

hari ni Farhan akan ditukar ke hospital Johor Bahru .. semoga dia selamat di sana .. doktor kata maybe pukul 12 tengah hari ni dia akan di tukar atas permintaan mama dan papa dia .. dan , aku akan sentiasa menemani dia .. begitu juga dengan lima kawan dia yang datang tu .. aku rasa ceria dengan kehadiran dieorang .. macam-2 diorang cerita hal Farhan ..

insyaallah , petang annti aku akan masukkan cerita tu semua .. buat sementara ni , kite doakan keselamatan Farhan . aminnn :')

Let's pray for AHMAD FARHAN IZZUDDIN BIN LATIFF

sekarang ni semua tertumpu pada Farhan seketika. pelajar yang bakal menduduki SPM tahun depan . kiteorang di hospital dikejutkan dengan keputusan doktor pakar disini yang mengatakan ,

" Jikalau Ahmad Farhan Izzudin dapat hidup lama , tetap ada kesannya. dia akan hilang ingatan buat selama-lamanya .. " 

aku sendiri dekat sini menemani mama dan papa dia tak tahu nak buat apa .. apa yang kiteorang mampu lakukan hanyalah, doa ..   doktor tu sendiri pun kata , dia dah tak berani jamin berapa lama Farhan dapat hidup , semua bergantung kepada doa kalian semua .. sungguh sebak suasana dalam wad ketika ini .. jenazah Aizuddin masih lagi dalam bilik bedah biasat dan pihak berkuasa di sini masih lagi mencari pemandu lori yang tidak bertanggungjawab itu ..

balik kepada Farhan , tadi kami  dikejutkan dengan keadaan dia yang semakin kritikal . tadi,aku dengan papa dia, Encik Latiff atau kite lebih mesra dengan Cek Latiff temankan Farhan dalam wad manakala kawan-2 perempuan aku yang lain semua tengah temankan Puan Asnita, ibu mereka. waktu aku tengah berbual dengan Cek Latiff, Farhan tiba-tiba macam sesak nafas. dan selepas itulah , doktor beritahu kami yang jikalau Farhan hidup sekalipun, dia akan hilang ingatan buat selama-lamanya. 

berat sungguh dugaan Encik Latiff dan Puan Asnita. dia kehilangan dua puteranya pada tahun yang sama. aku sendiri dekat sini masih lagi bermandi air mata. G-SHOCK pemberian arwah masih lagi kemas di pergelangan tangan aku. jujur, aku rindukan Ahmad Azhar Aizuddin .. aku dapat rasekan yang die ade di sisi aku .. die ade ketika aku menjaga adik die..

sekarang ni aku masih lagi berada dalam wad Farhan .. bila aku tengok dia , tiba-2 air mata aku menitis .. Fahrin yang setia temankan aku dari semalam juga begitu .. badan Farhan penuh dengan wayar .. mesti die sakitkan ? ~

Farhan bukan adik kandung aku tapi , hati aku berat nak tinggalkan die dekaat sini dengan wayar yang penuh satu badan .. mungkin juga , aku pernah berjanji dengan arwah yang aku akan jaga adik die sebaik mungkin jikalau dia dah takde dalam dunia ni ..

" Ahmad Azhar Aizuddin , aku pegang janji aku .. aku akan jaga keluarga kau dengan baik .. amanlah kau di sana .. AMIN :') " 

hati aku kembali sebak .. YA ALLAH , dia baru tinggalkan aku sehari ..

Linda , aku simpati tengok dia .. tak tercapai hajat dia nak tunjukkan penampilan barunya pada arwah .. dia tidak henti-2 menangis .. Natasha beritahu aku yang dia dapat mesej terakhir arwah pada pukul 11.00 pagi .. mesej arwah yang terakhir  buat tunangnya :

" Linda , saya minta maaf dengan awak jikalau saya ada buat salah . halalkan makan minum saya .. jikalau ditakdirkan saya pergi dulu sebelum kite sempat di ijabkabulkan , awak jangan sedih tau .. Linda , satu yang saya minta dari awak dan mungkin yang terakhir .. awak mesti ubah penampilan awak .. awak gadis islam , awak wajib tutp aurat awak .. kalau boleh , sebelum kita berkahwin , saya teringin sangat nak tengok awak pakai tudung  dan tutup aurat awak .." 

menitis air mata aku baca mesej arwah pada tunang dia .. mulia sungguh hati arwah !

sekarang ni aku masih lagi menunggu berita baru tentang Farhan .. doakan yang terbaik buat dia ..

Friday 2 December 2011

Semuanya bermula pada pagi Jumaat yang indah :')

2 Disember 2011 , 7.30 pagi . 


kiteorang semua baru je kekuar dari pangsapuri AIZUDDIN . waktu tu , Aizuddin tak tunjuk sebarang perubahan. dia ceria seperti biasa. begitu juga dengan adik dia, FARHAN . kiteorang keluar awal siket haritu sebab nak cepat memandangkan hari ni Jumaat. arwah aizu cadang nak pi solat jumaat dekat salah sebuah masjid di Johor Bahru lepas kiteorang jalan-2 dekat bandar Singapura ni. dia kata dia teringin sangat nak pergi situ. first kiteorang macam menolak tapi sekali dia kata, 


" korang ni , aku nak pergi buat kali terakhir ni . jomlah ... " 

ok , start situ kiteorang yang lelaki ni dah tak sedap badan . Farhan pun same .. die rase pelik dengan abang die ni .. but kiteorang diam je sebab kiteorang xnk fikir yang bukan-2 .. keluar je rumah , kiteorang tunggu dekat salah sebuah restoran betul-2 dekat bandar singapura .. kiteorang tunggu kedatangan rakan-2 kiteorang yang lain .. pagi tu  meriah sekali dapat breakfast same-2 .. entah kenapa, pagi tu terasa lain .. padehal kiteorang dah biase breakfast ramai-2 .. 


kiteorang dengan lima buah kereta jalan-2 lah satu singapura .. Arwah Aizu dengan adik dia naik kereta Proton Inspira putih .. kereta tu baru je Arwah beli beberapa bulan yang lepas .. Arwah sangat sayangkan kereta dia tu .. 


9.00 pagi 


kiteorang start lah jalan-2 dekat bandar singapura lepas makan .. aku, Fahrin , Farhan dengan arwah Aizu jalan satu group .. yang perempuan lain tak nak ikut sebab dieorang nak shopping tempat lain .. tapi pukul 10.30 mesti kumpul dekat kereta sebab nak bertolak ke Johor Bahru untuk penuhi hajat terakhir arwah iaitu , sembahyang jumaat di masjid Johor Bahru .. 

waktu kiteorang jalan , arwah layan kiteorang dengan baik sekali .. die belanja kiteorang macam-2 .. ouh , arwah sempat belikan aku dengan Fahrin seutas jam tangan G-SHOCK . Fuhhh .. memang enjoy kiteorang masa tu .. then Farhan pulak , arwah belikan dia Nokia C6-01 sebab Farhan nak same dengan seorang kawan rapat dia  nama Farhana , kalau aku tak salah lah .. arwah tak menolak pun .. die ikut je .. keseluruhan , arwah habis kan RM1000 untuk kiteorang time tu .. 


lepastu , aku , Fahrin dengan Farhan pakat belikan Aizu sesuatu sebab die nak Sekinchan lepas bercuti dekat JB .. kiteorang belikan dia t-shirt WESTLIFE sbb die minat gile kumpulan tu especially lagu I LAY MY LOVE ON YOU .. 


10.30 pagi


semuanya bermula time ni .. arwah Aizu mula tunjuk sikap pelik  .. die tak habis-2 mintak maaf dekat kiteorang semua termasuk budak perempuan .. kiteorang anggap tu semua biasa je sebab time tu kiteorang dah nak berpisah .. nak balik Kl .. lepas tu , dia terus ulang tayang lagu I LAY MY LOVE ON YOU - WESTLIFE .. sambil tu kiteorang tengok die tak habis-2 dengan nset die .. bukak facebook :) lepas tu die bagi mesej dekat semua family dia dan rakan-2 yang lain but mesej die hanye tuls,


" maafkan aku tau .. kalau terjadi apa-2 dekat aku , maafkan aku .. halalkan makan minum aku .. " 


ya, mesej tu die forwardkan pada semua rakan-2 die termasuk kiteorang berlapan yang ada sekeliling die .. aneh sungguh .. then Farhan pulak mesej dengan kawan baik dia nama , Shazwan .. kiteorang buat donno lah , biaselh remaja .. :) 


tapi yg pelik , arwah Aizu .. pelik gile .. kiteorang dekat situ dah rase macam ade benda nak berlaku .. 


11.00 pagi 


okay time ni kiteorang nak pi JB .. tapi dua beradik ni sibuk dengan henset masing-2 .. arwah Aizu tak habis-2 dengan lagu I LAY MY LOVE ON YOU sambil mesej minta maaf dan FARHAN .. die mule dail nombor mak die .. kawan aku, NATasHA suruh dieorang stop sebab nak melintas jalan . lagipun, banyak lori dekat depan sana tu .. Farhan stop sekejap but Aizu buat donno je .. dah berbuih mulut Natasha tu pesan , dieorang diam .. Farhan pulak kiteorang dengar tengah cakap dengan mak bapak die and MINTA MAAF ! pelik sungguh .. 


11.15 pagi


kiteorang semua dah melintas jalan and pergi pada kereta masing-2 .. sekali time aku tengah bukak pintu , dengar bunyi dentuman kuat and nampak lori terbabas .. kiteorang terkejut gila .. budak perempuan apa lagi , menjerit terkejutlah .. sekali aku dengan Natasha terpandang, mana arwah Aizu dengan Farhan ? dieorang takde dekat kereta dan kereta tu kosong ! 


entah mana datang semangat,aku pergi dekat lori tu sebab orangr amai dekat situ semua berkerumun belakang lori tu .. hati aku mula rasa tak sedap .. Fahrin pulak pergi tenangkan perempuan lain .. Natasha sorang je berani ikut aku .. 


YA ALLAH ! hiba hati aku .. aku nampak Farhan berlemuran darah tepi jalan tu .. Natasha terus pergi dekat die .. time tu, kiteorang dah start menangis .. aku pergi dekat lori tu sebab dieorang kate ade lagi sorang dekat area tayar lori tu .. aku pergi dekat dan .. 


arwah AIZU kaku , betul-2 dekat tepi tayar lori tu .. aku terduduk sebelah die .. jujur , air mata aku menitis .. Fahrin datang dekat aku .. die tenangkan hati aku sambil tu die pun memangis .. budak perempuan semua pergi ke Farhan sebab dieorang takut nak tengok keadaan arwah .. yang paling aku sedih , pemandu tu lari ..


beberapa minit kemudian , ambulans sampai and dieorang terus dibawa ke hospital .. aku dan Natasha naik ambulans yang bawak arwah Aizu .. tiba-2 , salah sorang officer tu kata , 


" dik , kawan adik ni dah takde .. die dah pergi dik  .. " 


YA ALLAH ! hiba hati aku .. kawan aku dah pergi ? YA ALLAH ~ Natasha terus dail nombor family dia . mak and ayah die terus nak datang sini .. then aku telefon seorang budak .. aku tak mahu letak nama penuh die but kiteorang panggil die Fana .. aku suruh Natasha call die .. 


sampai hospital , semua hiba .. doktor sahkan arwah AIZU meninggal di tempat kejadian dan Farhan tengah koma dan keadaan dia sangat kritikal .. dia kehilangan banyak darah dan doktor kata otak dia mengalami gegaran .. YA ALLAH ! berat sungguh dugaan mu YA ALLAH ~ 


bila mak dia sampai sini , mak dia pulak kena serangan jantung tapi sekarang ni dan sedar namun keadaan masih lemah .. sungguh berat dugaan mak bapak arwah .. 10 SEPTEMBER yang lepas, dieorang kehilangan anak pertama , AHMAD AzHaN HAFIZzUDDIN , abang kepada arwah Aizu dan Farhan .. sekarang ni , dieorang kehilangan Aizu dan Farhan sedang berjuang sekarang ni .. 


aku tak dapat bayangkan kalau Farhan juga pergi mengikut abang die .. YA ALLAH ! kau panjangkanlah umur Farhan .. 


jam tangan G-SHOCK merupakan hadiah terakhir arwah buat aku .. NOKIA C6-01 Farhan adalah yang terakhir buat adik kesayangannya itu .. dan tunang arwah AIZU , LINDA berubah demi Aizu . 


gadis itu sekarang ni sudah bertudung atas nasihat Aizu .. dia ingin tunjukkan penampilan barunya itu kepada Aizu sampai sahaja di JB namun tidak kesampaian .. sesungguhnya , arwah Aizu mempunyai hati yang sangat mulia .. tiada siapa boleh ganti tempat dia ! 


sekarang ni , mari kite doakan yang terbaik buat Farhan .. keadaan dia sangat kritikal .. maaf , aku tak boleh beritahu hospital mana dia berada .. yang penting , doa korang .. 

apepun , aku akan simpan G-SHOCK aku . Fahrin pula belum lagi tanggalkan jam dia . dia bawa kemana sahaja dia pergi .. hiba aku tengok dia .. 

sekarang ni , aku baru lepas tukan incoming calls aku lagu kegemaran arwah dan lagu terakhir yang arwah dengar sebelum dia pergi , I LAY MY LOVE ON YOU - WESTLIFE


al-fatihah buat arwah Aizu dan Hafiz dan doakan yang terbaik buat Farhan .. buat mase ni , aku masih lagi di hospital dan akan sentiasa khabarkan perkembangan baru Farhan dan jenazah Aizu ..


# ada apa-2 perkembangan , aku akan update . terima kasih :')