Click here for Myspace Layouts
Click here to get Falling Objects

Saturday, 3 December 2011

Let's pray for AHMAD FARHAN IZZUDDIN BIN LATIFF

sekarang ni semua tertumpu pada Farhan seketika. pelajar yang bakal menduduki SPM tahun depan . kiteorang di hospital dikejutkan dengan keputusan doktor pakar disini yang mengatakan ,

" Jikalau Ahmad Farhan Izzudin dapat hidup lama , tetap ada kesannya. dia akan hilang ingatan buat selama-lamanya .. " 

aku sendiri dekat sini menemani mama dan papa dia tak tahu nak buat apa .. apa yang kiteorang mampu lakukan hanyalah, doa ..   doktor tu sendiri pun kata , dia dah tak berani jamin berapa lama Farhan dapat hidup , semua bergantung kepada doa kalian semua .. sungguh sebak suasana dalam wad ketika ini .. jenazah Aizuddin masih lagi dalam bilik bedah biasat dan pihak berkuasa di sini masih lagi mencari pemandu lori yang tidak bertanggungjawab itu ..

balik kepada Farhan , tadi kami  dikejutkan dengan keadaan dia yang semakin kritikal . tadi,aku dengan papa dia, Encik Latiff atau kite lebih mesra dengan Cek Latiff temankan Farhan dalam wad manakala kawan-2 perempuan aku yang lain semua tengah temankan Puan Asnita, ibu mereka. waktu aku tengah berbual dengan Cek Latiff, Farhan tiba-tiba macam sesak nafas. dan selepas itulah , doktor beritahu kami yang jikalau Farhan hidup sekalipun, dia akan hilang ingatan buat selama-lamanya. 

berat sungguh dugaan Encik Latiff dan Puan Asnita. dia kehilangan dua puteranya pada tahun yang sama. aku sendiri dekat sini masih lagi bermandi air mata. G-SHOCK pemberian arwah masih lagi kemas di pergelangan tangan aku. jujur, aku rindukan Ahmad Azhar Aizuddin .. aku dapat rasekan yang die ade di sisi aku .. die ade ketika aku menjaga adik die..

sekarang ni aku masih lagi berada dalam wad Farhan .. bila aku tengok dia , tiba-2 air mata aku menitis .. Fahrin yang setia temankan aku dari semalam juga begitu .. badan Farhan penuh dengan wayar .. mesti die sakitkan ? ~

Farhan bukan adik kandung aku tapi , hati aku berat nak tinggalkan die dekaat sini dengan wayar yang penuh satu badan .. mungkin juga , aku pernah berjanji dengan arwah yang aku akan jaga adik die sebaik mungkin jikalau dia dah takde dalam dunia ni ..

" Ahmad Azhar Aizuddin , aku pegang janji aku .. aku akan jaga keluarga kau dengan baik .. amanlah kau di sana .. AMIN :') " 

hati aku kembali sebak .. YA ALLAH , dia baru tinggalkan aku sehari ..

Linda , aku simpati tengok dia .. tak tercapai hajat dia nak tunjukkan penampilan barunya pada arwah .. dia tidak henti-2 menangis .. Natasha beritahu aku yang dia dapat mesej terakhir arwah pada pukul 11.00 pagi .. mesej arwah yang terakhir  buat tunangnya :

" Linda , saya minta maaf dengan awak jikalau saya ada buat salah . halalkan makan minum saya .. jikalau ditakdirkan saya pergi dulu sebelum kite sempat di ijabkabulkan , awak jangan sedih tau .. Linda , satu yang saya minta dari awak dan mungkin yang terakhir .. awak mesti ubah penampilan awak .. awak gadis islam , awak wajib tutp aurat awak .. kalau boleh , sebelum kita berkahwin , saya teringin sangat nak tengok awak pakai tudung  dan tutup aurat awak .." 

menitis air mata aku baca mesej arwah pada tunang dia .. mulia sungguh hati arwah !

sekarang ni aku masih lagi menunggu berita baru tentang Farhan .. doakan yang terbaik buat dia ..

No comments:

Post a Comment