tadi selamatlah jenazah aizu dikebumikan . suasana pilu tambah pulak time tu hujan rintik-2 . syahduu ~
lepas balik dari tapak perkuburan , aku terus memandu ke Johor Bahru . walaupun penat , takpelah . pengorbanan aku demi arwah , inilah je lah yang mampu aku lakukan ~
buat masa ni , Farhan dimasukkan semula ke ICU . dia sering sesak nafas . doktor dah tak berani berikan jaminan berapa lama Farhan mmapu untuk hidup . sekarang , doktor nasihat kita semua berserah kepada ALLAH SWT .
kelima-2 rakan dia , semua tengah menangis sekarang ni . kiteorang semua mengharapkan berita yang baik daripada doktor tu memandangkan harini Farhan buat pemeriksaan keseluruhan badan tapi lain yang kiteorang dapat .
doktor tidak berani jamin berapa lama Farhan dapat bertahan , doktor tak berani jamin berapa lama dia dapat hidup . peluang untuk dia hidup amat tipis . doktor pun dah tak tahu nak buat apa . dia dah cuba sedaya upaya dan inilah usaha dia yang terakhir . semuanya bergantung kepada doa kita semua di sini .
bila aku dengar doktor tu kata macam tu , aku geram ! sepatutnya doktor tu cakap yang FARHAN AKAN KEMBAlI SEPERtI SEDIAKALA ! BUKAN INI YANG AKU NAK DENGAR ! tapi , tak gunakan aku melenting ? aku berserah kepada ALLAH saat ini .
kali ni aku berfikir , dapatkah aku lepaskan Farhan jikalau dia ditakdirkan pergi ? dapatkah aku merelakan pemergiannya ? aku sendiri keliru . hati aku TAK DAPAT MERELAKANNYA ! aku sanggup buat apa sahaja asalkan Farhan hidup ! aku sanggup walaupun aku terpaksa berkorban nyawa ! aku tak dapat relakan pemergian Farhan ! cukuplah aku terseksa dengan pemergian Aizuddin , aku cukup terseksa :'(
waktu jenazah dikebumikan , waktu aku sama-2 angkat jenazah , ringan sungguh ! macam tak ada isi keranda yang aku angkat tu ! rakan-2 arwah yang lain tersenyum . amanlah kau di sana , AHMAD AZHAR AIZUDDIN :')
kegembiraaan aku tak lama , sebaik sahaja aku sampai JB , ak dikejutkn dgn hasil pemeriksaan Farhan . kadang-2 aku rasa dunia ni tak adil ! YA ALLAH , ampunkanlah aku ~
kenapa remaja semuda Farhan harus menghadapi ni semua ? kenapa dia tak boleh bergembira seperti remaja lain ? kenapa dia yang harus terlantar di atas katil hospital dengan wayar penuh satu badan ? kenapa rema semuda dia ? kenapa bukan aku ?
dan , kenapa orang sebaik arwah yang harus menerima nasib sebegini ? kenapa arwah yang pergi dulu ? kenapa bukan aku yang sering menyusahkan arwah ketika dia hidup ?
arwah banyak berjasa ! walaupun dia dah tiada , dia berjasa pada aku . papa dia lantik aku untuk jadi pembantu dia , menggantikan tempat arwah . arwah banyak berjasa pada aku sehingga ke akhir hayatnya juga . terima kasih , Aizuddin .
buat masa ni , aku mohon jasa baik korang , doakan keselamatan Farhan . mama dia tengah lemah sekarang ni . berat dugaan keluarga Encik Latiff.
jikalau ditakdirkan Farhan pergi , aku akan tutup blog ni . aku tak sanggup nak teruskan blog ni . namun aku tetap mengharap , Farhan akan hidup lama . sekali lagi , buat masa ni dia dalam ICU . dia dibantu dengan alat pernafasan ketika ni . aku tengok badan dia , aku yang rasa sakit .
sampai sini sahaja coretan aku kali ni .
insya-allah ,ak akan masukkan cerita baru.
terima kasih :)
sebelum tu , aku mohon jasa baik korang , mari kita sedekahkan al-fatihah buat AHMAD AZHAR AIZUDDIN . tujuan aku buat blog ni bila ramai yang tanya kejadian yang sebenar berlaku pada ALLAHYARHAM AIZUDDIN ataupun mesra dengan panggilan AIZU dan adik beliau yang koma sekarang ni, AHMAD FARHAN IZZUDDIN . # aku minta maaf sebab xdapat nyatakan lebih terperinci tempat kejadian kerana ini semua atas permintaan keluarga arwah. harap faham :') #

No comments:
Post a Comment