macam tajuk tu sendiri , hari ni hari ke-3 aku di hospital tapi sekrang aku berada di sebuah hospital di daerah Johor Bahru . besok jenazah Aizu akan dibawa ke Negeri Sembilan esok . sekali lagi , aku akan pergi ikut jenazah dikebumikan . Farhan di sini , 5 kawan dia yang setia akan temankan . :)
tadi aku tertidur sekali aku mimpi , aku bertemu arwah . YA ALLAH ! seakan-2 realiti waktu tu . arwah senyum pada aku . arwah ada sampaikan amanat kepada aku ,
" Amir , tolong jaga keluarga aku "
yaaa , aku yakin memang itu yang arwah mahu aku lakukan dan insya-allah , selagi aku bernafas , aku akan jaga keluarga arwah . sekali lagi , air mata aku menitiss . begitu mudahkan ? ~
Farhan masih lagi dalam keadaan yang sama . dia masih lagi kritikal dan koma . kadang-2 aku terfikir ,
" bila Farhan akan sedar ? "
aku sendiri biarkan soalan tu tergantung begitu sahaja . doktor sendiri tak tahu bila dia akan sedar . mengikut hasil pemeriksaan doktor , Farhan MUNGKIN akan koma selama sebulan . MUNGKIN , doktor tu sendiri tidak mahu beri kata putus . itu semua ALLAH yang tentukan . sekali lagi , marilah kita sama-2 berdoa buat Farhan .
tadi barang-2 arwah Aizu dan Farhan sampai di perkarangan hospital . buat masa ni , kereta Inspira arwah dipandu oleh Fahrin . bila kiteorang bukak bagasi kereta tu , kiteorang nampak beg arwah dan Farhan tersusun kemas . hati aku tibe-2 terdetik untuk bukak beg tu . aku, Fahrin dan tunang arwah , Linda bukak beg tu . benda pertama yang kiteorang nampak , baju WESTLIFE yang kiteorang belikan beberapa minit sebelum kemalangan berlaku . Fahrin tidak tahan sebak dan dia duduk di salah sebuah kerusi yang ada area situ sambil dia bawa baju WESTLIFE tu . aku nampak , Fahrin cuba untuk tahan air mata dia daripada keluar tapi , akhirnya , air mata dia tetap menitis . ~
dalam beg tu , baju arwah tersusun rapi dan kiteorang terjumpa sebuah buku , lebih tepat , diari arwah ! aku dan Linda segera ambil diari tu . kiteorang bawa diari tu dalam wad Farhan and buka . first thing yang aku nampak bila bukak diari tu , semestinya kalimah ALLAH :') kemudian , kiteorang belek helaian seterusnya . lebih senang , aku taip apa yang ada dalam diari arwah yang aku rasa , aku nak share dengan korang .
helaian kedua ,
" hati aku resah saat ini . yaaa , aku mula menyayangi gadis muda tu . tapi , tak lama lagi aku akan bertunang dengan gadis yang ak sendiri tidak pernah kenal , Linda . even gadis tu baru je menginjak angka 14 , aku suka peribadi nya . F ( maaf , aku xboleh beritahu nama penuh 2 gadis yang dimaksudkan arwah ) , ak mula sukakn dy tapi dalam masa yg sama , ak sukakn S . bingung . Farhan juga ada hati pada F , aku pun sama tapi aku pun sukakn S . aku keliru dengan perasaan aku YA ALLAH . kau berikanlah ak petunjuk . ak harus setia dengan bakal tunang ak , Linda ~ "
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" ak dah luahkan perasaan ak pada F tapi sayang, dia tolak aku . takpelah , ak anggap takde jodoh. lagipun, F masih muda . S ? entahlah . dia sekarang tgh bercinta dgn lelaki lain . ak sendiri keliru saat ini . and buat aku terkejut , F tolak aku sebab die sekarang tengah bercinta dengan adik lelaki aku, Farhan Izzuddin . takpelah , aku akan cuba untuk lupakan dia ~"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
semalam abang sulung aku, Ahmad Azhan Hafizzuddin pergi buat selama-2 nya . aku sedih tengok Farhan . dia tak habis-2 salahkan diri dia sebagai punca arwah pergi . aku harap kau tabah , dik . kau bertuah sebab kau ada F , dia tak habis-2 tanya keadaan kau.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
harini aku dapat berita yang Farhan dgn F dah putus . patutkah aku berasa gembira sebab aku masih ada lagi peluang pikat F ? entahlah . aku tak rasa langsung nikmatnya sebaliknya aku rasa sedih tengok keadaan Farhan . kau kuatkanlah semangat dia , YA ALLAH .
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulliah , dengan izin mu YA ALLAH , Farhan kembali seperti dulu . syukur . dan ini semua kerana F yang tak putus-2 berikan semangat walaupun mereka sudah tidak ada apa-2 hubungan . tanpa aku sedar, aku bertambah sayang pada F . tapi , kehadiran S buat aku kembali keliru .
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
lama sungguh aku tinggalkan diari ni . aku dah jadi pemalas , ya 1 HEHEHE :) apepun , tadi ak dah jumpa dgn bakal tunang ak , Linda . gadis yg cantik tapi masih lagi belum dpt tarik perhatian aku .
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sekali lagi aku luahkan perasaan aku pada F dan ditolak lagi . sakit rasanya namun , kehadiran S sedikt sebanyak membantu aku . terima kasih S , ak sayang kau! aku pelik dgn F , ape lagi sebab untuk dia tolak aku? yaa , Farhan cuba untuk bersama dengan dia semula . namun , F hanya berdiam diri . ak dengar cerita yg F mula terpikat dengan rakan sekelas dia dan S , MAI . urmm , ak terpakse melepaskn dia . S , aku mula sayangkan kau tapi , kau masih lagi belum dapat ganti tempat F .
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ak sah bergelar tunang orang dan ak akan mulakan hidup yg baru selepas ni . besok , ak akan bertolak ke Singapuraa bersama adik aku yang baru sahaja selesai ambil keputusan exam dia . dia dapat 7A 1B . tahniah dikkk :) apepun , ini catatan ak yang terakhir . ak mahu relakskn diri ak di singaporeee !
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dan yang sememangnya terakhir . helain terakhir . actually banyak yang dia tulis tapi aku tak dapat nak tulis sepenuhnya . cukuplah sekadar ini yang aku kongsikan . F , aku amat mengenali gadis yang jauh lebih muda dari aku ni . gadis yang berasal dari Utara . aku pernah terserempak dengan dia sewaktu aku ikut aizuddin bercuti di Homestay Sungai Haji Dorani and arwah Aizu bawak aku pergi kawasan kalau tak salah aku , Hutan Melintang, Perak . waktu tu , aku terserempak dengan dia yang kebetulan tengah hang out dengan kawan dia. tinggi , yaaa ! gadis itu tinggi but takde lah tinggi mana sebab aku dengan arwah jauh lebih tinggi . HEHE :) apepun , jikalau kau baca post ni , satu aku nak beritahu kau , arwah sayangkan kau ! percayalah cakap aku .. S , yaaaa ! sebelum arwah pergi , arwah pernah cakap dengan aku tentang kau . aku pernah tengok gambar kau melalui FB arwah . apepun S , arwah mula sukakan kau ..
LINDAAAAAAAAAA ! arwah mula cintakan kau ! dia tak sempat nak beritahu kau .
kisah dua beradik ni sentiasa buat aku menangis . mudah sekali air mata aku menitis. korang tahu , tadi aku dapat forward email dari kawan rapat aku . dekat sini , aku copy email arwah Aizu kepada sahabat kiteorang yang bernama AMIRUL :)
Muhammad Amirullah ,
hahahaha . terkejutkan ? aku tulis nama penuh kau .
*hari ni pun aku tak gune shorty words. nk bagi senang kau bace... :) baik kan aku ?
okaylah macam ni , aku tak nak bagi kau kene heart attack sebab terima email mengejut aku. bukan ape, aku tak sedap badan lah lately ni ... rase macam ade benda buruk bakal timpa aku .. so dekat sini aku nak minta tolong kau .. first, kau tahukan , aku dekat singapore sekarang ni ..
.. kalau terjadi apa-apa dekat aku .. aku mintak hang pi beritahu mak ayah aku , aku mintak maaf .. aku tak sengaje buat die orang macam tu .. kau cakap dekat mak ayah aku , aku mintak maaf tau .. terima kasih kawan ..
.. kalau terjadi apa-apa dekat aku .. aku mintak hang pi beritahu mak ayah aku , aku mintak maaf .. aku tak sengaje buat die orang macam tu .. kau cakap dekat mak ayah aku , aku mintak maaf tau .. terima kasih kawan ..
lagi satu , kau pesan dekat munirah , aku terpaksa tolak cinta die .. aku belum bersedia untuk bercinta .. aku nak study dulu lah .. kau kata dekat die .. pi cari laki lain .. :) atau nak senang , ambil kau je .. hahahahaha ..
kau ingat tak budak perempuan form 2 yang aku cerite dekat kau tu ? sepupu tiri aku ? -N- ? haaaa , hang pesan dekat die study elok-elok .. aku bukan apee .. aku malas nak email die .. kang die tanye kenapa aku tak balik rumah ape sume .. bising lebih die tu .. hang cakap dekat die yang aku minta maaf sangat-sangat .. pesan dekat die , cari pakwe elok-elok .. jangan tunggu -K- die tu .. cari laki lain .. ramai lagi laki baik untuk die .. hang boleh tolong aku kan jangg ? aku tahu boleh .. hang kan domokun aku .. wikikikikiki ... :D
pastu kan , hang pesan dekat nenek aku , dekat semue lah family aku , aku minta maaf .. wajib tu jangg .. hang jangan lupa .. kalau boleh , hang printlah mail aku ni .. haha .. nak senangkan kau jang ..
ouh .. tentang kawan -N- tu .. kalau susah , hang mintak tolong -N- .. ni pesan dekat si -S- tu ..
" cari laki baik .. jangan kawan dengan orang yang x kenal .. jangan kapel dengan laki perangai rupe brengset macam ex die dulu .. kalau aku tak silap nama die -Ay- .. hang pesan taww ... hang jangan lupa .. ni pesan die lagi , study elok-elok .. die tu muda lagi .. lebih elok jangan cinta-cinta ni .. habis study dekat u , suke hati die lah .. hang pesan taw ..
ni untuk hang pulak .. hang jage diri elok-elok amirul .. hang jangan gatal-gatal .. hang ni bukan elok sangat perangainye .. hang mesti berubah .. hang solat tau ! jangan rokok , pi clubbing .. aduhh .. aku benci betui hang ni .. menipu ja lebih .. haritu sumpah taknak p clubbing .. berubah la wehh .. kite hidup dekat dunie ni sementara ...
okaylah , aku tak nak cakap banyak .. hang sampaikan pesan aku ..
ni , habaq dekat depa semue , aku sayang deme, aku minta maaf ..
ahmad azhar aizuddin bin latiff ..
* hang jangan nangis tau kalau aku mati .. aku tak suke orang nangis hal aku .. ni email terakhir aku .. marabbukaaa ..... hehe .. takut lah tu .. * tapi , ni email terakhir aku . aku nak menghadap tuhan lepas ni .. doakan aku berada di tempat orang-orang yang beriman ..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
pelik kan dia ? tapi , nilah email terakhir arwah . apepon , doakan dia . okayylah , sampai sini saja . besok doktor nak full examine Farhan :)

No comments:
Post a Comment