pertama sekali , terima kasih sebab ada yang follow blog ni . terima kasih kerana mendoakan keselamatan Farhan :) apepuns , Farhan kini berada di salah sebuah hospital di JB .
[ maaf , saye xdapat nak nyatakan nama hospital tersebut atas permintaan keluarga ]
apepunn , post kali ni saya nak bercerita tentang Farhan , remaja yang bakal menduduki SPM tahun depan ..
pertemuan singkat dengan rakan-2 dia yang sudi menjaga dia siang dan malam sedikit menceriakan hati saya di sini .. saye dapat mengenali ADIK BARU saya ni .. Shazwan, Faris, Shahmi,Fadil dan Sharil , 5 sekawan yg setia menemani Farhan dari semalam .. bertuah Farhan .. :')
first of all , Shazwan yang paling rapat dengan Farhan dan orang terakhir yang Farhan hubungi sebelum dia kemalangan .. Shazwan sempat tunjuk pada saya mesej yang Farhan hantar kira-2 15 minit sebelum kejadian.
"Wan .. aku mintak maaf kalau aku ada buat kau sakit hati dengan aku. kalau terjadi apa-2 dekat aku, aku minta maaf .. Wan, kau belajar elok-2 tau .. kalau aku pergi sebelum aku sempat ambil SPM ,kau jgn sedih .. apepun .. kau kwn aku dunia akhirat .. "
Farhan .. aku tak sangke budak yang aku lihat macam tak pernah serius ni akn berfikiran macam ni .. itulah kan , petanda tuhan nak bagi .. Faris, fuhh ... die ni kasar siket , loghat utara die pun pekat .. apepun .. die banyak cerita dekat aku tentang Farhan .. antaranya ..
"Bang, bang tahu x yang farhan pernah cakap dekat Riz yg die nak pi umrah bang .. but time tu, Riz ingat die memain .. abg taw je la ka .. dia tu mana lah pernah serius .. tapi mungkin tu petande kan bang benda ni semua nak jadi .. bang .. agak-2 abang, Farhan ni selamat tak?"
jujur aku kate ... , aku xjawab soalan budak tu .. aku sendiri tak tahu nak jawab apa .. kalau ikutkan kata doktor .. peluang untuk die selamat , tipis .. entahlah , aku berserah kepada ALLAH :') Shahmi dan Fadil setakat cerita-2 hal cenggitu je tapi aku paling tersentuh dengan Shahril ..
"Bang , Farhan ingat kite tak nanti ? Farhan kenal kita tak nanti? Farhan nak ke bercakap dengan kita nanti?
bang, kenapa eak dalam dunia ni orang yang kita sayang , orang yang banyak mengubah kita mesti jadi macam ni akhirnya? kenapa Farhan boleh jadi macam ni?
Farhan banyak tolong saya .. dulu saya merokok .. dan suatu hari saya sakit dada akibat perbuatan saya tu .. abang tahu, time tu Farhan tak kenal saya pun .. die main datang dekat saya dan terus bawak saya pergi klinik .. bila saya maki dia .. dia diam .. kenapa orang macam ni harus terima dugaan sebegini,bang?
Bang, Farhan satukan saya semula dengan keluarga saya .. kalau bukan kerana Farhan, saya akan hidup merempat tepi jalan .. Farhan banyak ajar saya .. dia muda tapi fikiran dia , sangat matang kan bang?
bang , kalau Farhan pergi , saya nak ikut dia .. saya tak nak tinggalkan dia .. Farhan kawan saya dunia akhirat ..
mungkin Shazwan, Fadil,Faris,Shahmi kata Farhan tak pernah serius ... tapi sepanjang perkenalan saya dengan dia,dia serius .. kadang-2 , arwah abang Aizuddin pun sekali ikut Farhan nasihatkan saya .. saya terhutang budi dengan dieorang ..
abang , orang yang baik memang nasib dieorang macam ni ya? "
aku hanya diam .. aku taknak jawab tu semua .. aku dah tekad dalam hidup aku .. aku taknak jawab soalan macam tu .. aku masih lagi belum kuat , ya ! aku belum lagi dapat terima kenyataan namun, aku sudah lepaskan arwah pergi .. tenanglah kau di sana , Aizuddin ..\...
bila aku baca status facebook kenalan rapat arwah , berlinang air mata aku .. kehilangan rakan sejak kecil lagi , siapa yang sanggup kan? tambahan pula , kematiannya amat menyedihkan ..
pemandu lori tu langsung menghilangkan diri .. YA ALLAH , kau tabahknlah hati rakan-2 aku YA ALLAH ..
sekarang aku tengah berfikir , andai kata Farhan sedar , dia akan hilang ingatan. bagaimana aku mahu ingatkan dia dengan keluarga dia ? dengan rakan-2 dia dan , dengan dua arwah abangnya , arwah Aizuddin dan arwah Hafiz? aku sendiri kusut ..
berat dugaan mama dan papa dia .. mula-2 arwah Hafiz meninggal kerana sakit jantung , lepastu arwah Aizuddin yang dilanggar lari dan kini , Farhan yang semakin kritikal ..
bersediakah mereka jikalau ditakdirkan , kesemua anak mereka pergi tahun ni ? Farhan juga pergi mengikut abang-2 nya ? setiap kali aku fikir hal tu , air mata aku menitis ..
semenjak 2 Disember , air mata begitu mudah menitis . begitu murah sekali aku rasakan air mata aku menitis .. sungguh , aku manusia lemah .. aku masih lagi belum biasakan diri .. dua tahun yang lepas, aku kehilangan kedua-2 orang tuaku dalam perjalanan mereka mahu pulang dari rumah dari masjid , tahun ni aku kehilangan rakan baik aku , rakan yang sentiasa ada di sisi aku semnjak kematian kedua-2 orang tuaku .. tabahkah aku?
Farhan Izzuddin , aku tetap mengharap dia akan pulih seperti sedia kala walaupun , doktor hanya beri harapan tipis .. Farhan mengalami gegaran otak sewaktu kemalangan .. dia mengalami pendarahan yang banyak .. aku sendiri tak dapat bayangkan sewaktu hari kejadian ..
darah mengalir keluar dari hidung dan kepala Farhan .. Natasha, salah seorang kawan aku pangku dia .. darah Farhan mengalir dengan banyak ..
arwah aizuddin ? YA ALLAH :'l badan dia berlumuran darah .. tulang rusuk dia patah menurut kata doktor .. YA ALLAH , mesti sakitkan .. aku tak sanggup membayangkannya ...
insya-allah , aku akan cari email-2 terakhir arwah dengan rakan-2 aku yang lain dan aku akan post .. buat masa ni .. , aku banyak terima forward mesej dari rakan-2 dia tentang mesej terakhir yang dieorang dapat .. salah seorang kawan aku kata ,
" Aizu dah tahu dia akan pergi .. Aizu dah dapat rasa hal ni semua .. "
kehilangan Aizu begitu dirasakan seluruh keluarga .. kehilangan arwah amat memeritkan .. arwah terkenal dengan sikapnya yang peramah .. walaupun dia tak kenal siape pun orang yang dia sedang bersembang,dia layan dengan baik .. sungguh , tiada siapa boleh ganti tempat arwah !
Farhan .. remaja yang sangat-2 tabah .. dia kehilangan abang sulungnya pada bulan syawal yang lepas .. waktu tu aku melawat dia , lemah sungguh .. Aizu cerita dekat aku yang Farhan salahkan diri dia punca kematian abang dia .. bila aku tanya kenapa .. , arwah aizu mula cerita pada aku kisah yang berlaku ..
12/9/2011
malam tu Farhan tengah asyik dengan komputer dia .. first-2 tu , arwah Hafiz bergurau dengan dia kata yang dia sakit jantung .. Farhan dah kalut time tu .. Farhan cepat-2 ambil ubat dia dan hulur kepada Hafiz .. bila Hafiz minum air masak yang Farhan bawa , Hafiz boleh sembur air tu pada badan Farhan .. Farhan bengang lah sebab dia kena tipu then die tinggalkan abang dia . lepas 30 minit kemudian , arwah mengadu dia sakit lagi tetapi kali ni , Farhan hanya mendiamkan diri .. beberapa kali arwah Hafiz minta tolong tetapi Farhan diam .. dia serik .. sampailah Farhan dengar arwah Hafiz mengucap dan bila dia toleh ke belakang , muka arwah Hafiz dah pucat dan , arwah Hafiz sudah tiada lagi .. sejak tu , Farhan mula salahkan dirinya atas kematian abangnya ..
Farhan banyak diduga .. dia remaja yang tabah .. sekrang ni , marilah kita sama-2 doakan keselamtn dia .. :')
sebelum tu , aku mohon jasa baik korang , mari kita sedekahkan al-fatihah buat AHMAD AZHAR AIZUDDIN . tujuan aku buat blog ni bila ramai yang tanya kejadian yang sebenar berlaku pada ALLAHYARHAM AIZUDDIN ataupun mesra dengan panggilan AIZU dan adik beliau yang koma sekarang ni, AHMAD FARHAN IZZUDDIN . # aku minta maaf sebab xdapat nyatakan lebih terperinci tempat kejadian kerana ini semua atas permintaan keluarga arwah. harap faham :') #

No comments:
Post a Comment