Click here for Myspace Layouts
Click here to get Falling Objects

Monday, 5 December 2011

what can we do, just prayed to ALLAH :)

Yaaa ~ hanya tu je yang mampu aku katakan buat masa ni . aku dah  malas mengharap, kini aku berserah kepaada takdir dan ketentuan ALLAH .

malam tadi doktor dah sahkan yang jikalau alat pernafasan Farhan rosak atau ada masalah , bersedialah. segalanya mungkin akan berlaku. mengikut doktor , alat tu hanya mampu berfungsi sampai besok dan selepas itu Farhan tidak akan menggunakan alat itu lagi. persoalannya, kuatkah Farhan? aku sendiri tak tahu ~

malam tadi kami di hospital tidak dapat tidur. semua sibuk menjaga Farhan. badan Farhan dah susut, yaaa..

Farhan, bangunlah Farhan ....

dari petang semalam aku dengar orang yang datang melawat dia cakap macam tu . Ouhh ! buat masa ni Farhan dimasukkan ke wad kecemasan , ICU . tiada siapa pun yang dibenarkan datang dekat dengan dia so , kiteorang dekat sini hanya boleh tengok dia dari cermin.

Farhan, abang tak berniat nak tinggalkan adik dalam bilik tu sorang-2 tapi abang terpaksa dik , maafkan abang .. 

aku sendiri lemah saat ni . semua yang lain bersedia untuk kehilangan dia , aku ? aku tak langsung! aku perlukan dia! aku dah kehilangan rakan baik aku  minggu lepas , takkanlah aku terpaksa kehilangan adik baru aku pula? aku tak sekuat mana ..

doktor dah tak berani jamin berapa lama Farhan dapat bertahan . kalau ikutkan keadaan dia yang semakin kritikal hari demi hari, doktor jangkakan yang dia hanya dapat bertahan sampai 9/12/2011 , jumaat minggu ni :'l perkara pertama yang berlaku pada aku , airmata aku menitis. kenapa sampai macam ni ? 

tapi aku tetap yakin pada ketentuan ALLAH ! aku yakin Farhan mampu bertahan lebih lama ! aku yakin ! bukan doktor tu yang menentukan hidup atau mati seseorang kan ? aku yakin , Farhan mampu bertahan lama ~

waktu doktor tu kata yang Farhan hanya mampu bertahan sampai 9 Disember ni , semua yang ada dekat situ terpaku . semua dekat situ diam. yang dengar suara orang menangis . kenapa macam ni sekali . baiklah , jujur aku katakan , wajah Farhan tak macam dulu . wajah dia sepenuhnya berubah . muka dia pucat , cengkung.  dia tak macam Farhan yang selama ni aku kenal . Y ALLAH , pasti dia terseksa kan ?

bila aku tanya doktor tu , kenapa Farhan tidak boleh bertahan lama , doktor tu jawab ~

Saya dah kata, saya dah tak berani jamin berapa lama pesakit mampu bertahan. keadaan dia sangat kritikal. kami di sini dah cuba sedaya upaya kami, kami dah lakukan apa yang kami mampu. sepatutnya, pesakit dah boleh beri tindak balas yang lebih baik tetapi jauh dari apa yang kami harapkan. pesakit sering sesak nafas. itu bukan yang kami harapkan. sepatutnya pesakit dah kembali sedar tapi lain jadinya. alat pernafasan yang diberikan seakan-akan tidak beri apa-2 manfaat kepada pesakit. dan sebenarnya, itulah jalan yang terakhir. pesakit dah buat pembedahan buang darah beku dikepalanya, namun keadaan pesakit tetap kritikal dan makin lama, makin kritikal . kami dah tak berani nak berikan keluarga encik harapan. sekarang ni, saya harap encik sekeluarga sabar. 

sekarang ni aku berserah kepada ALLAH . aku sentiasa mengharapkan yang terbaik. aku mahu bermesra dengan Farhan. aku mahu temukan Farhan dengan F , itu janji aku . tapi , entahlah ~

semoga Farhan dapat kuatkan semangat dia . AMIN :')

No comments:

Post a Comment