Al-Fatihah buat Ahmad Farhan Izzuddin yang pergi menghadap Allah pada pukul 4.30 petang tadi. suasana ketika ini pilu sekali . aku masih lagi di Johor Bahru untuk menguruskan sedikit urusan di sini manakala yang lain termasuk jenazah Farhan sudah dibawa pulang ke negeri kelahiran arwah dan juga kelahiran abang arwah , Aizuddin di Negeri Sembilan.
sebelum arwah pergi , F sempat telefon arwah . F sempat luahkan rasa sayang dia pada arwah dan buat pertama kalinya , arwah beri tindak balas pada pagi tadi! arwah menitiskan air mata walaupun keadaan dia koma waktu ni. waktu tu kiteorang yang ada dalam hospital dah berharap yang Farhan mampu bertahan lama ! Farhan sudah beri tindak balas !
tapi tak sangka , itu petanda arwah nak pergi. arwah sempat mendengar suara orang yang amat dia sayangi iaitu F. Kehadiran F dalam diri arwah amat bermakna . F banyak membantu arwah dan mengubah cara hidup arwah :')
di sini , saya mahu menyampaikan hajat dan pesanan terakhir arwah Farhan yang ditujukan khas kepada F. F, if saat ini awak baca post ni , saya harap awak sabar. post di bawah ni saya ambil dari diari arwah ~
" F , kehadiran kau banyak mengubah cara hidup aku. kau banyak tolong aku F. terima kasih F untuk segala-galanya . aku sayangkan kau F !
# - #
F , kehadiran kau dalam hidup aku seakan-2 cahaya yang datang menerangi kegelapan. kerana kau, aku berjaya mengharungi hari- hari yang mendatang . terima kasih F atas semangat kau yang tak pernah putus asa menasihati aku . aku sayangkan kau!
# - #
F , bila kau kata yang kau sukakan kawan sekelas kau MAI , aku kecewa sangat F. aku sayangkan kau F , sangat sayangkan kau. aku perlukan kau ! aku perlukan sokongan kau!
# - #
F , aku tak tahu apa yang aku lakukan saat ni ! aku kecewa dengan kau F! kenapa kau harus tunggu dia yang langsung tidak pernah mengambil berat hal kau F? kenapa kau buat aku macam ni F? F, tolonglah, aku sayangkan kau. tinggalkan MAI , F ~ tolonglah , demi aku F . aku yakin , kehadiran MAI hanya buat kau sedih , buat kau kecewa dan buat kau sakit hati ..
# - #
F, bila kau kata yang kau ingin lupakan MAI buat selama-lamanya , aku seakan-akan mendapat semangat baru F! terima aksih F! lupakan MAI buat selama-lamanya F. kehadiran dia buat kau sakit hati .. kehadiran dia buat kau sering keluarkan air mata . F yang aku kenal merupakan seorang gadis yang tabah !
# - #
terima kasih F ! bila kau beri peluang kepada aku untuk jaga kau , aku amat menghargainya! aku sayangkan kau F! aku akan jaga kau elok-elok. aku akan sayangi kau sepenuh hati aku. namun , aku sedar batas Islam. insya-allah , aku akan jaga kau dengan elok. aku tak akan sentuh kau F! itu janji aku pada Allah swt ~
# - #
Hari yang aku lalui amat bermakna bila kau ada di sisi aku F ! mungkin leteran kau boleh buat orang lain bosan tetapi bukan aku F! aku sayangkan kau. kau pernah cakap dekat aku , 'marah tu tandanya sayang' dan aku anggap semua leteran kau tu tanda sayang kau pada aku :) bertuah aku ada kau F. kau penyayang , kau sentiasa ada ketika aku dalam kesusahan . terima kasih untuk segalanya F ~
# - dan yang bawah ni ialah diari terakhir Farhan dan dalam diari ni juga dia sempat tulis sesuatu demi kebahagian F :) - #
F , jikalau aku sudah tiada di bumi yang fana ini , aku harap kau dapat jaga diri kau dengan baik F. kehadiran kau amat bermakna buat aku F. walaupun aku tahu sewaktu tempoh percintaan kita ni kau ada menduakan aku , aku diamkan diri F kerana dalam hidup aku , kaulah segala-galanya selain kedua-dua orang tuaku dan juga Allah SWT dan para rasul . aku tahu kau mungkin cuba untuk mencari kebahagian yang selama ni kau impikan dengan pilihan hati kau. aku rela F asalkan kau jangan tinggalkan aku F, aku amat memerlukan kau F. F, mungkin waktu kau tahu isi hati aku ni bila aku tiada , aku nak kau tahu kau F , aku sayangkan kau F. aku sangat sayangkan kau F. kehadiran kau banyak mengubah hidup aku. kehadiran aku amat bermakna dalam diri aku F. walaupun kita dah kenal lama , tapi tahun ni baru aku sedar akan kehadiran kau F. aku sangat perlukan kau F. jangan kau lupakan aku F. aku sayangkan kau .
F jikalau ditakdirkan aku pergi sewaktu kita tengah bercinta , aku harap kau dapat terima pengganti aku F , kawan baik aku sendiri , Zarul Shazwan. aku amat harap kau akan terima dia. percayalah F, dia mampu menjaga kau . kalau kau rindukan aku, kau bersembanglah dengan dia. hal ini sebab , aku pernah derma salah satu buah pinggang aku pada dia . aku pernah derma darah kepada dia sewaktu dia sakit. jadi, kalau kau rindukan aku F, pergilah pada dia dan F, aku harap kau akan terima dia. dia sayangkan kau sebagaimana aku sayangkan kau F. percayalah F, dia akan gembirakan kau .
F permintaan terkahir aku , lupakan MAI buat selama-lamanya .. kehadiran dia pada aku buat kau sering menitiskan air mata .. aku taknak tengok kau derita macam ni F .. tinggalkan dia F dan lupakan dia ..
akhir sekali , aku sayangkan kau F ! aku sangat sayangkan kau !
# - #
dari sini kita boleh tahu betapa sayangnya arwah Farhan terhadap F . F banyak mengubah hidup dia. aku harap sangat F penuhkan permintaan terkahir arwah . lupakan MAI yang dimaksudkan dan terima kehadiran insan baru , Zarul Shazwan . aku amat berharap F sanggup penuhinya .
bagi aku , arwah Farhan seorang remaja yang tabah. dia sanggup lakukan apa sahaja demi F. dia sanggup berdiam diri ketika F menduakan dia. betapa tabahnya dia . bertuah F dan bertuah Farhan dapat F ..
" hadirnya tanpa diminta , perginya tanpa direla "
itulah ayat yang aku dengar dari mulut F ketika aku beritahu dia akan pemergian Farhan . dalam maksudnya ~ atas bantuan rakan-2 Farhan , aku faham maksud ayat hadirnya tanpa diminta , perginya tanpa direla .
sewaktu awal perkenalan F dengan Farhan , F tak pernah sangka Farhan akan suka dia . hal ini sebab F dengan Farhan selalu sangat bertengkar. setiap kali jumpa mesti bertikam lidah . bagi F , Farhan pada awalnya tak beri kesan apa-2 dalam dirinya tapi lain pula bagi pandangan Farhan . Farhan sangat menyayangi gadis itu. selepas beberapa bulan , Farhan beranikan diri untuk mempunyai hubungan dengan F dan tanpa diduga , F setuju . walaupun dieorang selalu bergaduh , F dengan Farhan salin ambil berat walaupun kadang-2 F agak keterlaluan perangainya dengan Farhan disebabkan sikap Farhan sendiri yang suka sekali mengusik F. dan kini , F sendiri sedang meratapi pemergian Farhan. F tidak merelakan pemergian Farhan . F sangat memerlukan Farhan dalam kehidupannya. baru kini F sedar betapa pentingnya Farhan dalam kehidupan sehariannya. sewaktu Farhan berada di dalam hospital , F tak henti-2 menangis. dan hari terkahir Farhan , bila F telefon dia , Farhan beri tindak balas ketika dia koma. Farhan menitiskan air mata !
begitulah kasihnya F dengan Farhan . walapun dieorang berdua masih lagi dalam alam persekolahan , mereka saling memberi semangat antara satu sama lain. Alhamdulillah , hubungan dieorang berlandaskan syariat Islam . dieorang tetap berpegang teguh dengan agama ISLAM .
kini aku harap sangat F lepaskan pemergian Farhan . yang hidup pasti akan mati . Farhan pergi dulu namun kita mesti sedar yang kita juga bakal menyusulnya .
kematian Farhan sangat memilukan . minggu lepas pada hari yang sama , abang nya pergi . dan pada minggu ini gilirannya pula . pada 10 September yang lepas , abang sulungnya pergi kerana sakit jantung . begitu berat dugaan keluarga Arwah Farhan . mama dan papanya kehilangan ketiga-2 cahaya matanya pada tahun yang sama .
akhir kata , semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-2 yang beriman .
besok hari terkahir aaku posting . insya-allah , besok aku akan post sesuatu tentang Farhan dan kali ni atas bantuan rakan Farhan sendiri Zarul Shazwan .
Assalamualaikum
sebelum tu , aku mohon jasa baik korang , mari kita sedekahkan al-fatihah buat AHMAD AZHAR AIZUDDIN . tujuan aku buat blog ni bila ramai yang tanya kejadian yang sebenar berlaku pada ALLAHYARHAM AIZUDDIN ataupun mesra dengan panggilan AIZU dan adik beliau yang koma sekarang ni, AHMAD FARHAN IZZUDDIN . # aku minta maaf sebab xdapat nyatakan lebih terperinci tempat kejadian kerana ini semua atas permintaan keluarga arwah. harap faham :') #

al-fatihah buat allahyarham farhan . semoga roh beliau dan abg beliau d cucuri rahmat dan d tempat kn d kalangan orang-2 yang beriman . amin . salam takziah dari saya .
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAl-Fatihah buat Allyarham abang Farhan .Semoga roh abang Farhan dan adik beradik nye yang lain di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman .Amin .
ReplyDeleteSalam takziah dari family adik .
Semoga F tetap tabah akan pemergian arwah .
al-fatihah.. tersentuh bace blog ni... Ya Allah, susah nak cari remaja macam tu sekarang,. masih berlandas syariat agama.. Alhamdulillah..takziah kepada keluarga arwah dan F semoga tabah menghadapi kenyataan..
ReplyDeleteal-fatihah...moga roh mereka dicucuri rahmat...kpd kluarga n tmn2ny sbr bbyk
ReplyDeleteAllah takkan uji umatNya dengan dugaan yang tak tertanggung oleh umatNya. moga keluarga mereka tempuhi dgn tabah dan sabar. Alfatihah.
ReplyDelete